fbpx
Baitul Maqdis Emergency Appeal
1665 Donors

-1012 Days Left ,

Baitul Maqdis Emergency Appeal

Raised: RM347,375.05 / Goal: RM345,000.00

Donate Now
Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis dua lambang maruah umat Islam. Apabila umat ini sedang di kemuncak kegemilangan maka kedua mercu tanda ini akan dipenuhi kemakmuran. Sekiranya umat ini lemah maka kacau-bilau dan huru-hara akan mengiringi keduanya.
Tidak ada kedukaan yang lebih berat bagi sebuah masjid melainkan terhalang dari mengumandangkan azan dan didirikan solat di dalamnya lima waktu sehari semalam. Memang itupun fungsi sesebuah masjid.
Maka musibah halangan inilah yang sedang dialami oleh al Aqsa. Masjid ini bukanlah masjid yang dibina oleh ayah atau datuk kita. Tetapi inilah masjid yang di bina dan diulang-bina oleh sekalian para-para nabi dan sahabat bahkan sekalian ramai kekasih-kekasih Allah telah menumpahkan darah mereka untuk menebus masjid yang mulia ini daripada rejim penceroboh.
HALUAN akan menyalurkan bantuan sebuah ambulans dan bantuan peralatan perubatan ke Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis dengan kos sebanyak  RM200,000.
#AqsaAmbulance