711 Donors
Asrama HALUAN Penyayang
Raised: RM101,907.69 / Goal: RM100,000.00
Asrama HALUAN Penyang - menempatkan anak yatim dan miskin di Shah Alam. #AHP
Asrama HALUAN Penyayang (AHP) telah ditubuhkan oleh HALUAN pada bulan Januari 2006. Asrama ini beroperasi di Kompleks Darul Miftah As-Sa’adah di Bukit Naga, Shah Alam, Selangor yang dibina di atas tanah wakaf bertempoh.
AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama berusaha menyempurnakan segala keperluan asas makan dan minum, tempat tinggal, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka terbela dan terbina saksiah yang soleh musleh. Penekanan khusus diberikan di dalam pembangunan potensi diri dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi melalui pelbagai program dan aktiviti yang terancang.
Penghuni AHP adalah terdiri pelajar-pelajar lelaki dan berumur dari 8 tahun ke 17 tahun. Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Pembiayaian operasi AHP adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat prihatin.