fbpx

Demo Bantah Israel disertai HALUAN

Demo Bantah Israel disertai HALUAN

Demo Bantah Israel disertai HALUAN

GAZA CITY 27 April, 2012 – Demonstrasi ribuan penduduk Gaza selepas solat Jumaat hari ini diadakan dari Masjid Umari menghala ke Parlimen Gaza membantah penahanan haram rakyat Palestin di penjara-penjara Israel yang kebetulan sedang melaksanakan mogok lapar di atas penahanan mereka.

Pada 1 April 2012, Adameer iaitu sebuah NGO kemanusiaan telah menerbitkan laporan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4610 tahanan politik di penjara-penjara Zionis Yahudi. Sumber-sumber lain menyebut seramai 11,000 tahanan Palestin dipenjara oleh Zionis. Sebilangan besar daripada mereka ditahan tanpa sebarang perbicaraan mahupun dakwaan sehingga enam bulan, di mana tempoh itu boleh diubah-ubah mengikut pertimbangan rejim pengganas itu.

Perarakan besar-besaran itu diketuai oleh Perdana Menteri Palestin sendiri, Sheikh Ismail Haniyeh, yang sebelum itu berkhutbah Jumaat serta mengimami solat bersama ribuan jamaah di masjid tertua dan terbesar di Gaza itu. Pasukan HALUAN Malaysia diberikan penghormatan untuk bersalaman dengan beliau selepas solat dan menyertai perarakan raksaksa itu bagi menyuarakan bangkangan keras umat Islam di atas penindasan zionis Israel ke atas bumi Palestin merdeka.

Ikuti isi kandungan khutbah beliau selepas ini.