fbpx

Dana Tambahan Sinar4Rohingya Bantu Pelarian

Dana Tambahan Sinar4Rohingya Bantu Pelarian

Dana Tambahan Sinar4Rohingya Bantu Pelarian

SHAH ALAM,17 Nov 2017 – HALUAN sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi di kalangan NGO teras membantu pelarian Rohingya, mangsa akibat perang saudara di Myanmar.

Dalam mesyuarat kali ke-4 Sekretariat Sinar4Rohingya semalam yang berlangsung di pejabat Kumpulan Media Karangkraf, ahli-ahli majlis telah bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM43,800 kepada HALUAN daripada Dana Tabung Sinar4Rohingya. Ini akan digunakan untuk pembiayaan program agihan ‘Hygiene Kits’ (Kit Pembersih Diri) dan biji benih sayuran kepada keluarga pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Dalam mesyuarat penyelarasan aktiviti bantuan di lapangan tersebut, HALUAN diwakili oleh Ketua Unit Rohingyanya, Abd Bashir Abd Ghani, dan Ketua Biro Misi Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri. Turut hadir adalah beberapa wakil NGO Kemanusiaan lain daripada Yayasan AMAL, MAPIM, dan Serantau Muslim yang turut menerima dana.

Program agihan bantuan berikutnya dijangka akan dibuat di kem pelarian pada minggu pertama Disember ini. HALUAN juga akan turut melaksanakan projek-projek lain seperti pembinaan penempatan sementara dan telaga tiub hasil sumbangan masyarakat Malaysia terus ke Tabung Kemanusiaan HALUAN.

Peruntukan daripada dana tersebut turut juga diamanahkan kepada beberapa NGO termasuk Yayasan AMAL untuk penambahan pembinaan shelter, Serantau Muslim bagi agihan selimut dan projek ekonomi, manakala MAPIM diperuntukkan untuk membiayai projek penapis air. Jumlah peruntukan kepada semua NGO yang terlibat pada kali ini melebihi RM220,000.

Teruskan bersama #Sinar4Rohingya untuk cakna dan prihatin Rohingya. Masukkan sumbangan ikhlas anda ke akuan:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

Sila emel resit bayaran ke unit.kewangan@haluan.org.my dengan tajuk “Sinar4Rohingya”.


Disediakan oleh Abd Bashir Abd Ghani, Ketua Unit Rohingya, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN