fbpx

Ceramah kesedaran Palestin di surau Taman Bunga Raya, Jalan Bahagia, Temerloh

Ceramah kesedaran Palestin di surau Taman Bunga Raya, Jalan Bahagia, Temerloh

Ceramah kesedaran Palestin telah diadakan di surau Taman Bunga Raya  Jalan Bahagia selepas maghrib (8.00 – 930) 9 Mach 2009 sempena program Maulid Rasul. Tuan Hj Sabarudin telah menyampaikan ceramah dengan dibantu oleh pembantu khas beliau iaitu M Azeem. Dua ceramah telah disampaikan sekali gus iaitu ceramah pertama berkaitan maulid dan yang kedua berkaitan dengan Palestin. Walaupun hujan lebat sejak pukul 6.00 petang lagi tapi ianya tidak menghalang ahli jamaah untuk terus datang beramai-ramai bagi mendengar ceramah yang disampaikan beliau. Ahli jamaah yang datang terdiri dari penduduk taman perumahan sekitar Taman Bunga Raya.