fbpx

Ceramah Flotilla ke Sekolah-sekolah

Ceramah Flotilla ke Sekolah-sekolah

Ceramah Flotilla ke Sekolah-sekolah

BANDAR BARU BANGI, 14 Januari 2017 — Sikap kepedulian terhadap nasib mereka yang ditimpa musibah bukan boleh dilaksanakan begitu sahaja tetapi ia perlu dididik sejak dari bangku sekolah lagi.

Sehubungan dengan itu, Encik Abdul Bashir Abd Ghani dari HALUAN Pahang yang juga merupakan salah seorang relawan yang akan menyertai misi Food Flotilla For Myanmar telah dijemput untuk memberi ceramah tentang isu Rohingya dan kutipan projek Food Flotillia di SMK Seri Mahkota, Kuantan Pahang pada13 Januari lepas. Sumbangan dana sebanyak RM2,100 telah berjaya dikumpul.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada HALUAN oleh Pengetua SMK Seri Mahkota, Encik Mohammad Badrudin Yusoff. Adalah menjadi harapan kita agar lebih banyak lagi sekolah yang akan mengikuti contoh tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di bawah:-

Nama Akaun: Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Akaun No.: 5622 6350 2611
Bank: Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Rohingya] ke unit.kewangan@haluan.org.my


Laporan oleh Ab Halim Khudri, AJK Biro Misi Kemanusiaan