fbpx

Cendekiawan Yahudi Pro Israel Protes Polisi Pendudukan Haram Israel

Cendekiawan Yahudi Pro Israel Protes Polisi Pendudukan Haram Israel

3 Mei –  Sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan pada akhir minggu ini menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur. Seruan tersebut akan disampaikan pada pertemuan Parlimen Eropah di Brussels pada hari Isnin (3 Mei) ini bertujuan untuk membolehkan suara Yahudi untuk didengar dengan jelas oleh negara Israel.

“Israel menghadapi ancaman dari pelbagai sudut. Selain berdepan dengan ancaman dari musuh luaran, kita tahu bahawa ancaman itu juga tercatus akibat dari kependudukan haram ke atas penempatan di Tebing Barat dan di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur. Dasar-dasar ini secara moral dan politik salah dan merupakan satu tindakan kepolitikan Israel yang tidak boleh diterima yang mengancam kedudukan.” Demikian diantara kenyataan yang dibacakan. Michael Warschawski, seorang penganalisis politik Israel, berkata tindakan para cendikiawan pro Israel tersebut merupakan perubahan positif oleh mereka yang menyokong Israel. Terdapat sekitar 470,000 penduduk Israel tinggal di pemukiman Tebing Barat dan Jerusalem Timur. Semua kependudukan tersebut adalah haram dan tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. Seruan para cendekiawan ini juga memberi amaran bahawa jika keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin tidak tercapai, negara Israel akan berhadapan dengan dua pilihan, menjadi negara yang akan kehilangan majoriti orang Yahudi, dan pilihan kedua adalah rejim Israel akan memalukan rakyat Israel dan menimbulkan konflik awam. Kenyataan itu dianggap sebagai ancaman nyata bagi kewujudan Israel. (PNN)