Kami daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang hadir pada hari ini berasa kecewa dan sedih dengan kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin. Kenyataan beliau telah merosakkan bukan hanya imej dan reputasi NGO di Malaysia tetapi juga kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. …
