fbpx

Berita

Perawat Perlu Berdakwah Kepada non-Muslim

Perawat Perlu Berdakwah Kepada non-Muslim

Shah Alam  Dis 25  –  Kepercayaan yang diberikan masyarakat kepada profesion perubatan harus dimanfaatkan sebaik cara agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada pesakit, walaupun kepada golongan bukan Islam. Para doktor dan paramedik adalah barisan hadapan profesion perubatan yang berusaha meringankan keringsaan dan kesakitan pesakit dan sudah tentu kerja yang mulia ini mendapat perhatian, kepercayaan dan …

Biro Ekonomi HALUAN Lancar Portal Jaringan Usahawan (MuBIN)

Biro Ekonomi HALUAN Lancar Portal Jaringan Usahawan (MuBIN)

Kota Kinabalu Dis 19 – Suasana perniagaan hari ini begitu kompetitif dan memerlukan jaringan kerjasama yang strategik. Usahawan seharusnya mempunyai jaringan yang luas bagi mendapat kelebihan persaingan yang kuat. Jaringan ini akan dapat membina dan mengekalkan semua hubungan oleh seseorang usahawan dengan pengguna di sekelilingnya untuk faedah bersama. Menyedari hakikat penting ini, Biro Ekonomi HALUAN …

Muamalat Bukan Sekadar Kewangan Islam

Muamalat Bukan Sekadar Kewangan Islam

Kota Kinabalu  Dis 19  – Sebut saja Muamalat umat Islam akan segera memikirkan sistem perbankan dan kewangan Islam. Itu saja. Penyempitan istilah Muamalat ini harus dileraikan agar umat Islam di Malaysia mampu memahaminya secara telus dan haq agar tidak tersasar daripada maksud dan aplikasinya yang sebenar di dalam Islam. Menurut Ustaz Muhammad Najib Abdullah pensyarah …

Keusahawanan di Usia Muda

Keusahawanan di Usia Muda

Kota Kinabalu Dis 17 –  Pepatah Melayu berkata melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Padanan realiti kini adalah membentuk usahawan biarlah sejak daripada usia muda. Menurut Prof Madya Dr Mohd Hassan Mohd Osman dari Universiti Teknologi Malaysia, pembudayaan keusahawanan seharusnya dibentuk daripada peringkat awalan pendidikan formal di sekolah rendah hingga menengah. Beliau yang merupakan Dekan Sekolah …

Miskin iman dan taqwa perlu dibimbangi

Miskin iman dan taqwa perlu dibimbangi

Kota Kinabalu, Sabah Dis 16 –  Usahawan yang sebenar adalah seseorang yang memecah keringat mencari rezeki dan kekayaan demi meraih sebanyak pahala mungkin dalam merintis jalan ke syurga. Sementara kemiskinan sebenar adalah bilamana seseorang itu amat berjaya di dunia tetapi muflis di akhirat. Menurut Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, berdasarkan definisi tersebut, semua …

Misi Kemanusiaan Merapi – Mangsa masih sangat memerlukan bantuan

Misi Kemanusiaan Merapi – Mangsa masih sangat memerlukan bantuan

LCCT Sepang, 5 Oktober 2010 – Seramai enam orang relawan HALUAN selamat tiba di Sepang setelah berbakti selama seminggu kepada mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia. Walaupun status bencana kita tidak lagi berada di tahap kecemasan, penduduk-penduduk di sekitar Gunung Merapi masih sangat memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka yang musnah akibat …

Kursus Sains Sukan MSNM-HALUAN

Kursus Sains Sukan MSNM-HALUAN

SHAH ALAM – Kursus Sains Sukan MSNM telah diadakan pada 25 hingga 28 November 2010 di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Seramai kira-kira 39 orang peserta dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menyertai kursus yang julung-julung kali dianjurkan oleh HALUAN Malaysia menerusi Biro Sukan & Rekreasi dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia …

Program Korban HALUAN 1431 di Vietnam dan Bangladesh

Program Korban HALUAN 1431 di Vietnam dan Bangladesh

Setiap kali ketibaan Hari Raya Aidiladha, masyarakat Islam di Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah korban. Keprihatinan mereka terhadap umat Islam yang miskin dan kurang bernasib baik membuatkan perlaksanaan program korban tersebut menjangkau ke luar negara. Seperti tahun-tahun sebelum ini, HALUAN mewakili ahli-ahlinya dan juga masyarakat umum untuk …

Lawatan Mahabbah Presiden HALUAN Malaysia ke Kuching Sarawak

Lawatan Mahabbah Presiden HALUAN Malaysia ke Kuching Sarawak

KUCHING — Presiden HALUAN Malaysia, Prof Madya Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman yang turut diiringi oleh Setiausaha Agung, Haji Mohd Ghani bin Salleh dan Penolong Setiausaha Agung, Haji Saadan bin Haji Omar telah mengadakan lawatan mahabbah di sini selama empat hari bermula pada 25 hingga 28 November. Lawatan ini bertujuan untuk mengunjungi serta menjalin …

Majlis Sambutan Hari Raya AIidiladha di Langkawi

Majlis Sambutan Hari Raya AIidiladha di Langkawi

LANGKAWI, 18 November 2010 – HALUAN Malaysia dengan kerjasama Asrama Anak Yatim dan Miskin, Langkawi (AHPL) telah mengadakan majlis korban bersempena dengan Hari Raya Aidiladha di perkarangan AHPL. Sebanyak tiga ekor lembu lembu telah dikorbankan pada majlis tersebut. Dua ekor lembu dikorbankan di AHPL manakala seekor lagi dikorbankan di sebuah masjid berdekatan. Dua ekor lembu …