fbpx

Berita

Sorakan Semangat PESONA Gegar Bumi Banting

Sorakan Semangat PESONA Gegar Bumi Banting

Banting, 17 April Berpaksikan matlamat mencari redha Allah, menimba ilmu dan pengalaman dalam mencari identiti, seramai  75 orang pelajar puteri dari sekolah-sekolah sekitar Selangor telah menghadirkan diri dan hati mereka ke Kem Personaliti Remaja (PESONA). Kem yang dijalankan pada 16 dan 17 April telah dianjurkan oleh Biro Haluanita HALUAN Malaysia bertempat di Kem Bina At-TAQWA, …

HALUAN Sertai Bengkel Merangka Manual Sukarelawan Islam

HALUAN Sertai Bengkel Merangka Manual Sukarelawan Islam

Putrajaya, 9 Mac – Satu bengkel merangka manual bagi sukarelawan Islam telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya. Bengkel yang mengumpulkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan merangka deraf manual sukarelawan Islam yang julung-julung kali diadakan. Lebih daripada 30 orang peserta telah hadir …

29 Jurulatih Rekreasi HALUAN Terima Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2

29 Jurulatih Rekreasi HALUAN Terima Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2

Kuala Kangsar, 26 Februari  – Seramai 29 ahli HALUAN telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar dan dianugerahkan Sijil Tahap 2 oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak. Kursus yang berlangsung dari 21 hingga 26 Februari itu adalah anjuran bersama HALUAN Malaysia, Persatuan Mendaki Negeri Perak dan Persatuan Kenu Negeri Perak. Kursus tersebut dikendalikan sepenuhnya …

Bengkel Pengurusan Media Lahirkan Wartawan HALUAN

Bengkel Pengurusan Media Lahirkan Wartawan HALUAN

Bangi, 19 Februari – Bengkel Pengurusan Media telah berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bengkel yang julung-julung kali diadakan oleh Biro Penerangan dan Hubungan Luar HALUAN itu disertai oleh lebih 50 orang peserta dari seluruh negara yang mewakili HALUAN negeri dan juga biro-biro di bawah HALUAN Malaysia. Bengkel selama …

66 Relawan HALUAN Ikuti Latihan Paramedik

66 Relawan HALUAN Ikuti Latihan Paramedik

Rawang, 15 Februari — Fasa kedua latihan untuk relawan HALUAN telah berjaya dilangsungkan di Madrasah As Siddiqin Bandar Tasik Puteri, Rawang. Seramai 66 orang peserta dilatih melalui modul ini, iaitu satu latihan paramedik berkaitan kaedah asas apabila berhadapan dengan kecemasan. Latihan berkenaan telah dikendalikan oleh Dr Ahmad Zabidin Zakaria dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan …

Remaja Haluan Dekati Masyarakat Berbilang Bangsa di KLCC

Remaja Haluan Dekati Masyarakat Berbilang Bangsa di KLCC

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Program Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS) 2011 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional telah diadakan dengan jayanya pada 3 – 5 Februari yang lalu bertempat di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya dan Masjid as-Syakirin, KLCC. Program ini disertai oleh 135 orang peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan …

HALUAN Tour Langkawi 100km

HALUAN Tour Langkawi 100km

LANGKAWI, 7 Februari – Kelab Basikal HALUAN Kedah/Perlis telah menganjurkan aktiviti jelajah berbasikal ‘HALUAN Tour Langkawi’ sejauh hampir 100 km mengelilingi Pulau Lagenda Langkawi pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Seramai sembilan orang ahli kelab telah terlibat menjayakan program dua hari yang benar-benar menguji ketahanan fizikal peserta. Menurut pengarah program, Sdr Hairey Hamzah, objektif …

Gembeling Kepakaran Menggubal Kurikulum Sahsiah Terpuji Untuk KTD

Gembeling Kepakaran Menggubal Kurikulum Sahsiah Terpuji Untuk KTD

PUTRAJAYA, 22 JANUARI – Seramai 50 orang anggota Akademi Penyelidikan HALUAN (APH) dan pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berkumpul selama sehari suntuk di Masjid Putra bagi mengembeling kepakaran bagi menggubal kurikulum sahsiah terpuji untuk pelajar KTD. Seminar yang dianjurkan oleh APH serta KTD dengan kerjasama Masjid Putra dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh penasihat APH, …

JDK 2010 Melabuhkan Tirai

JDK 2010 Melabuhkan Tirai

Bangi, 16 Januari – Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JDK2010) melabuhkan tirai serentak di ketiga-tiga lokasi di seluruh negara. Majlis penutup bagi JDK2010 zon tengah yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Che Ibrahim Bin Che Man selaku Pengarah ILIM. Turut hadir adalah pemimpin masyarakat …

ILIM Pusat Terbaik Untuk Latihan JDK Zon Tengah

ILIM Pusat Terbaik Untuk Latihan JDK Zon Tengah

Bangi, 11 Jan  – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) adalah pusat latihan Islam yang cukup sesuai melatih remaja-remaja Muslim ke arah menerapkan nilai-nilai Islam yang murni. Kompleks serba lengkap di Bangi itu mempunyai auditorium, bilik-bilik kuliah, asrama yang selesa serta cafeteria untuk membolehkan peserta menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan yang diberikan. Timbalan kem komandan Jatidiri …