fbpx

Berita

Korban Kita Warisan Amalan Anbiya’

Korban Kita Warisan Amalan Anbiya’

SUBANG JAYA, SELANGOR, 3 Oktober 2012 — Ramai pelajar muda dan dewasa pernah bertanya kepada ustaz dan ustazah – apakah amalan korban yang sering mengunjungi kita saban 10 Zulhijjah itu suatu tradisi yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda? Adakah ianya suatu kesuburan amalan yang diteraptubi oleh baginda untuk ummatnya? …

03) Saya Mestilah Muslim Di Sudut ‘Aqidah

03) Saya Mestilah Muslim Di Sudut ‘Aqidah

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkadung dalam Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari kalangan Salafussoleh …

Peserta Latihan Tekad Bantu Perjuangan Palestin

Peserta Latihan Tekad Bantu Perjuangan Palestin

SHAH ALAM, 30 Sept 2012 – Seramai 30 orang peserta Latihan Aktivis Dan Masyarakat Prihatin Palestin yang diadakan di Kem Bumi Jati di sini telah menetapkan resolusi untuk bersatu menyedarkan masyarakat tentang permasalahan Palestin serta bertekad untuk aktif berusaha mengumpul dana bagi membantu masyarakat Palestin. Program latihan selama dua hari anjuran Biro HALUAN Palestin itu …

02) Konsep Laa Ilaha IlaLlah (لا اله الا الله) Sebagai Suatu Cara Hidup Yang Menolak Jahiliyah

02) Konsep Laa Ilaha IlaLlah (لا اله الا الله) Sebagai Suatu Cara Hidup Yang Menolak Jahiliyah

laailahailalallahIslam adalah nizam (sistem hidup) yang kamil (lengkap) dan syamil (menyeluruh). Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar hinggalah kepada cabang-cabang dan ranting-rantingnya yang kecil. Rukun, cabang dan ranting tertegak di atas asasnya dan saling perlu memerlu antara satu sama lain. Islam umpama pokok, bermula daripada biji benih, kemudian …

Kem Kepimpinan Latih Ketahanan Pelajar SMA As-Sydiq

Kem Kepimpinan Latih Ketahanan Pelajar SMA As-Sydiq

SIMPANG RENGGAM, JOHOR, 17 Sept 2012 — Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Para pelajar yang merupakan generasi pewaris yang kaya dengan pelbagai potensi harus dilatih dengan sifat kepimpinan dan ketahanan diri bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin di masa hadapan. Menyedari kepentingan perkara ini, Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) dan Biro Pemuda HALUAN …

Amerika Terlibat Dalam Penyembelihan Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila

Amerika Terlibat Dalam Penyembelihan Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila

NEW YORK, 17 Sept 2012 — Beberapa dokumen rahsia yang ditulis sejak tahun 1982 mendedahkan dengan jelas penglibatan Amerika dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila. Peristiwa hitam itu berlaku selama tiga hari dari 16hb hingga 18hb September 1982. Menurut pendedahan New York Times sempena ulang tahun ke-30 tragedi tersebut, lebih 2,000 …

Zionis Terus Halang Rakyat Palestin Memasuki Al-Aqsa

Zionis Terus Halang Rakyat Palestin Memasuki Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS, 18 Sept 2012 — Pihak keselamatan rejim Zionis Yahudi yang berkawal di pintu masuk utama Masjid Al-Aqsa terus menyekat kemasukan umat Islam Palestin ke masjid mulia itu. Selama tiga hari berturut-turut rakyat Palestin yang berumur kurang daripada 45 tahun dihalang memasuki kawasan masjid. Polis Zionis Yahudi membina sekatan sebagai pusat pemeriksaan berhampiran pintu utama …

KEMAIH Lahir Perantau Berjiwa Pendakwah

KEMAIH Lahir Perantau Berjiwa Pendakwah

HULU LANGAT, SELANGOR, 7 Sept 2012 — Kem Musafir Kasih 2012 (KEMAIH 12) yang diadakan buat julung kalinya pada 3 dan 4 September lalu telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 peserta daripada kalangan pelajar luar negara serta pelajar persediaan ke luar negara. Program ini telah dapat memberi persediaan rapi bagi melahirkan generasi perantau yang cemerlang …

KKH Orak Langkah Jangka Panjang

KKH Orak Langkah Jangka Panjang

BENTONG, 12 Sept 2012 – Kepelbagian dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan akan menjadi teras strategi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) di jangkamasa panjang dalam menyalurkan kesedaran tentang kebaikan Islam kepada pelbagai masyarakat Muslim dan belum Muslim. Sasaran jauh KKH meliputi masyarakat yang boleh disantuni seperti anak yatim dan fakir miskin, orang asli, NGO-NGO, persatuan-persatuan perubatan professional …

HALUAN Raikan Dermawan Program Huffaz Ramadhan di Sarawak

HALUAN Raikan Dermawan Program Huffaz Ramadhan di Sarawak

PUTRAJAYA, SARAWAK, 9 September 2012 — Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini mencipta sejarah tersendiri bagi HALUAN Malaysia dalam mengembangkan agenda mendidik dan berbakti kepada masyarakat tempatan apabila satu majlis keraian dan sambutan Hari Raya telah berjaya diadakan di sini. Beberapa orang pemimpin HALUAN termasuk Presiden, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman, Setiausaha …