fbpx

Air Banun

Suntikan Ilmu Fiqah Untuk Wanita Orang Asli

Suntikan Ilmu Fiqah Untuk Wanita Orang Asli

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Rupanya ramai yang dahagakan ilmu. Bukan setakat anak-anak kecil sahaja. Program bersiri HALUAN Pulau Pinang  bergelar Edu Banun yang dilancarkan lebih lima tahun dahulu daripada segi matlamat utamanya adalah mendidik anak anak berumur 5-12 tahun yang buta huruf untuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Namun setiap kali program …

Projek EDU-Banun Mula Tempa Kejayaan

Projek EDU-Banun Mula Tempa Kejayaan

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Seramai empat orang anak kecil orang asli kaum Jahai telah mendaftar di sekolah rendah Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini hasil penat lelah sukarelawan HALUAN Pulau Pinang melaksanakan program EDU-Banun khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak sejak lima tahun lalu. Pencapaian membanggakan ini membolehkan mereka mengikuti pendidikan formal …

Kolaborasi Jabatan Pertanian Demi Bantu Orang Asli

Kolaborasi Jabatan Pertanian Demi Bantu Orang Asli

GERIK, PERAK, 11 Mei 2023 – Projek tanaman limau nipis secara komersial di plot pertanian orang asli Kampung Air Banun dan tanaman pokok roselle di Kampung Sungai Raba di sini telah menampakkan kejayaan. Dalam keadaan HALUAN berhadapan dengan kekangan dana dan material sepenuhnya untuk menjayakan projek ini, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan …

SBR 4.0 Edar 100 Pek Makanan Kering Kepada Orang Asli

SBR 4.0 Edar 100 Pek Makanan Kering Kepada Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 16 Apr 2023– HALUAN cawangan Pulau Pinang mengedarkan sebanyak 100 pek barangan dapur kepada penduduk orang asli di Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini sempena majlis Iftar Ramadan di kedua-dua kampung tersebut. Pek makanan kering seperti beras, gula, tepung dan kopi itu adalah sebahagian daripada sumbangan yang dikutip melalui …

Koloborasi Tiga Pihak Jayakan Saliran Pertanian Orang Asli

Koloborasi Tiga Pihak Jayakan Saliran Pertanian Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 26 Okt 2020 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sedang melancarkan koloborasi bijak dengan dua pihak untuk menaiktaraf sosio-ekonomi penduduk orang asli di Kampung Air Banun di sini. Koloborasi bersama Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim bersama SIRIM Kulim bertujuan membina sistem saliran canggih untuk pengairan tanaman jenis komersil yang sedang diusahakan oleh …

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

AIR BANUN GERIK, 25 Apr 2020 – Pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang HALUAN untuk terus berbakti menyampaikan sumbangan kepada penduduk orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini. Mendapat kebenaran perjalanan daripada pihak berkuasa dan mematuhi semua peraturan keselamatan, seramai enam orang relawan HALUAN Pulau Pinang diketuai NYDP 2, Encik …

HALUAN Kunjung Hormat ke Jabatan Agama Islam Perak

HALUAN Kunjung Hormat ke Jabatan Agama Islam Perak

IPOH, PERAK, 23 Jan 2020 – Semangat berdakwah dan menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian dan bimbingan sentiasa di hati para sukarelawan HALUAN di mana sahaja mereka berada. Jalinan dengan pihak-pihak berwajib terus dilaksanakan demi mencapai tahap kerjasama lestari yang mampan demi masyarakat. Untuk itu, empat orang kepimpinan HALUAN cawangan Pulau Pinang dan seorang wakil …

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Jan 2020 – Kegigihan dakwah HALUAN semakin membuahkan hasil. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan masyarakat Orang Asli, HALUAN telah membantu pengurusan pendaftaran seorang pelajar Orang Asli daripada Rancangan Penempatan Semula Orang Asal (RPS) Air Banun, Gerik, Perak, adik Anwar Charol di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di sini pada 5 …

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 21 Dis 2019 – Seramai 15 orang lepasan iJDK Zon Utara di ketuai oleh bekas Kem Komandan, Encik Umar Khairuddin bersama lima relawan HALUAN diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Pulau Pinang, Encik Saiful Azmi telah turun ke perkampungan orang Asli Air Banun untuk bergotong-royong bersama dengan tuan tanah, Pak Dalong, Penolong …

Masjid, Sekolah, HALUAN Santuni Orang Asli

Masjid, Sekolah, HALUAN Santuni Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 3 Nov 2019 — Hampir 80 peserta sekitar Pulau Pinang telah menjayakan program Tautan Kasih di kampung orang asli Air Banun di sini semalam. Mereka terdiri daripada pasukan 20 orang sukarelawan daripada Masjid At-Taqwa di Taman Bertam Indah Seberang Perai, 45 murid dan guru daripada Sekolah Menengah Agama Ibrah Tanjung Putus serta …