fbpx

Air Banun

Agihan Sumbangan Barangan Dapur Daripada Tabung Monsun Timur Laut

Agihan Sumbangan Barangan Dapur Daripada Tabung Monsun Timur Laut

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 14 Dis 2023 – Banjir dan kesukaran mencari rezeki akibat daripada Monsun Timur Laut dari bulan Oktober hingga Januari setiap tahun terkesan terhadap orang asli yang tinggal jauh di pedalaman. Bagi penduduk orang asli terpencil di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, Gerik, mereka terpaksa harungi kejadian banjir kilat beberapa minggu …

Koloborasi UPM-HALUAN Perkasa Sosio-Ekonomi dan Pendidikan Orang Asal Air Banun

Koloborasi UPM-HALUAN Perkasa Sosio-Ekonomi dan Pendidikan Orang Asal Air Banun

BANDAR BARU BANGI, 10 Nov 2023 – Sebagai sebuah NGO kebajikan dan kemanusiaan, HALUAN Malaysia sentiasa membuka peluang kerjasama kepada semua pihak, sama ada institusi pendidikan tinggi, organisasi kerajaan mahupun swasta, dan organisasi lain dalam kerja kebajikan dan kemanusiaan di seluruh dunia, tanpa mengira negara, agama atau bangsa. Pada 4 November lepas, mahasiswa Universiti Putra …

Masyarakat Orang Asli Turut Prihatin Isu Palestin

Masyarakat Orang Asli Turut Prihatin Isu Palestin

GERIK, 9 Nov 2023 – HALUAN cawangan Pulau Pinang gigih menyebarluaskan isu Palestin bagi membina kesedaran masyarakat awam berhubung peranan mereka dalam pembebasan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin seluruhnya. Kali ini, masyarakat orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini turut tersentuh oleh usaha ini. Pada Jumaat lalu, satu ceramah khas dan …

Sembang Santai Bersama Ibu-ibu Pelajar Projek Edu-Banun

Sembang Santai Bersama Ibu-ibu Pelajar Projek Edu-Banun

AIR BANUN, GERIK, 23 Okt 2023 – HALUAN meneruskan kesinambungan pendidikan anak-anak orang asli dengan aktiviti sembang santai bersama kaum ibu Kampung Air Banun di sini, dengan penyertaan pihak pengurusan Sekolah Rendah RPS Air Banun. Tujuan utama projek Edu-Banun yang diperkenalkan oleh HALUAN sejak 2020 ialah menyantuni dan membimbing kaum ibu untuk bersama-sama menggalakkan anak-anak …

Gabungan Sukarelawan HALUAN Dua Negeri Pacu Sosio-Ekonomi Pertanian Orang Asli

Gabungan Sukarelawan HALUAN Dua Negeri Pacu Sosio-Ekonomi Pertanian Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 16 Okt 2023 – Sukarelawan HALUAN Pulau Pinang dan Selangor berganding membanting tulang membantu projek sosio-ekonomi pertanian tanaman limau nipis, serai dan tanaman pokok roselle di sini.  Seramai empat orang sukarelawan HALUAN Pulau Pinang dan tiga sukarelawan HALUAN Selangor diketuai oleh Ustaz Adni Abdul Razak telah turun membantu orang asli di dua …

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

SUNGAI DUA, SEBERANG PERAI, 6 Okt 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan sentiasa melaksanakan program kebajikan secara berterusan. Projek Pembangunan Minda dan Sosio Ekonomi Penduduk Orang Asli, RPS Air Banun, Gerik adalah salah satu projek kemanusiaan jangka panjang. Satu majlis akad nikah secara berkumpulan untuk tujuh pasangan penduduk orang …

HALUAN Jadi Keluarga Angkat Murid Orang Asli 

HALUAN Jadi Keluarga Angkat Murid Orang Asli 

GERIK, PERAK, 16 Ogos 2023 – Pencapaian membanggakan kanak-kanak orang asli yang menyertai  program pendidikan awal Edu Banun kelolaan HALUAN  kini telah membolehkan sebilangan mereka menyertai i pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan RPS Air Banun berhampiran. Hasil penat lelah usaha Kelab Guru HALUAN Pulau Pinang bawah penyeliaan Cikgu Dalmataksiah Mohd Zain berjaya melahirkan enam pelajar …

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

GERIK, PERAK, 6 Ogos 2023 – Dewan orang ramai masyarakat Jahai orang asli Kampung Air Banun di sini berwajah baharu bila mendapat pintu gril besi menggantikan pintu kayu dan bemban yang lama, terima kasih kepada penyumbang HALUAN dan Alumni Sains Kedah (ASSAK77). Pintu berkenaan dipasang oleh dua sukarelawan HALUAN Pulau Pinang diketuai Ustaz Abdullah Abrar …

Korban 2023 – Gandingan Mantap Pemuda Orang Asli & HALUAN

Korban 2023 – Gandingan Mantap Pemuda Orang Asli & HALUAN

GERIK, PERAK, 2 Jul 2023 – Gandingan mantap pemuda-pemudi orang asli Kampung Sungai Raba dengan sukarelawan HALUAN serta alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK) menyaksikan program korban terpantas dalam rekod aktiviti tahunan itu setakat ini. Seawal pukul 8.00 pagi semalam, para sukarelawan telah berkumpul di hadapan Surau Al-Fatah di kampung tersebut menantikan ketibaan daging lembu …

Ceria Dengan Identiti Pakaian Seragam Pra-Sekolah

Ceria Dengan Identiti Pakaian Seragam Pra-Sekolah

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Terpancar seri kegembiraan di wajah anak-anak orang asli, bangga kerana kini mereka tergolong dalam kumpulan elit pertama Kampung Air Banun yang bersedia untuk dididik menjadi golongan yang tidak akan lagi buta huruf. Dengan memakai pakaian seragam baharu yang ditempah khas oleh HALUAN, anak-anak kecil antara 5-12 tahun ini adalah …