fbpx

Cara Komunikasi Rumahtangga di Musim COVID-19

Cara Komunikasi Rumahtangga di Musim COVID-19

Cara Komunikasi Rumahtangga di Musim COVID-19

LUMUT, 9 Mei 2020 – Merencana komunikasi rumah tangga sangat penting dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi pada musim ujian pandemik COVID-19 ini. Telah banyak aduan dan isu negatif yang dilaporkan pada ketika ini. Apa yang sebenarnya yang berlaku?

Mari kita sama-sama cakna isu ini bersama perkongsian daripada Puan Fatimah Az-zahra Mohamad Azmi yang merupakan seorang peguam syarii merangkap Ketua Biro HALUANITA Perak, agar kehidupan kita lebih harmoni dan bahagia di sebalik ujian. Beliau telah tampil di TV HALUAN pada 9 Mei lepas dengan tajuk Merencana Komunikasi Rumah Tangga.

Rumah tangga terdiri daripada entiti manusia maka sudah pastinya akan ada masalah yang akan dihadapi. Hidup berumah tangga ini adalah sebuah pertarungan kerana syaitan itu sentiasa mencari peluang mempurak-perandakan mahligai kasih sayang yang kita sudah bina. Oleh yang demikian, marilah kita telusuri bersama dan berganding bahu agar masalah yang kecil dalam rumahtangga kita tidak menjadi lebih besar dan lebih parah.

“Setiap individu wajib berperanan. Hanya jiwa yang mati sahaja yang akan mengikut arus (go with the flow). Sedangkan jiwa yang hidup dalam rumahtangga itu akan sentiasa mempersiapkan diri untk menjadi lebih baik,” jelas beliau kepada penonton sesi Live tersebut.

Puan Fatimah seterusnya menghuraikan empat perkara yang menjadi punca masalah dalam rumahtangga dan juga empat teknik komunikasi yang perlu diberi perhatian. Merencana komunikasi adalah bagaimana cara untuk kita merancang berkomunikasi agar ada timbal balik yang positif di pihak yang satu lagi. Beliau telah membuat kupasan yang sangat bernas di samping contoh-contoh komunikasi yang berkesan dan tercapai objektif sesebuah komunikasi.

Bagaimana ya? Anda terlepas mengikuti siaran Live tersebut? Jangan gusar. Jom ikuti rakaman penuh video ‘Menu Rohani Ramadan’ ini di pautan berikut:

Bersempena kempen Sejuta Barakah Ramadan, HALUAN mengalukan sumbangan derma ikhlas semua pihak untuk kami membantu menyampaikan infak anda kepada golongan yang lebih memerlukan dalam dan luar negara. Teruskan berbakti kepada mereka melalui pautan berikut:


Laporan Aisyah Ruqayyah Mohd Sabbri, Biro HALUANITA