fbpx

Bukit Golan: Pusingan Pertama Ahli Parlimen Israel Setuju Berundur

Bukit Golan: Pusingan Pertama Ahli Parlimen Israel Setuju Berundur

10 Dis – Parlimen Israel telah meluluskan bacaan pertama referendum rancangan undang-undang pungutan suara untuk meluluskan penarikan  pendudukan ke atas Baitulmuqaddis Timur dan Bukit Golan. Sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen tidak hadir daripada pengundian tersebut, 68 yang meyokong dan 22 lagi menentang dan satu tidak menyatakan pendirian. Rancangan undang-undang tersebut mensyaratkan bahawa setiap perjanjian damai dicapai antara kerajaan Israel  yang memerlukan penarikan Israel dari wilayah-wilayah dijajah mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh majoriti 61 ahli Parlimen Israel daripada  120 ahli parlimen yang ada.

Berlalunya pembacaan pertama  referendum tersebut dilihat sebagai dorongan kepada mereka yang menentang penarikan Israel dari Bukit Golan yang diduduki di bawah kesepakatan perdamaian masa depan dengan Syria. Referendum tersebut prihatin atas pelan strategik terhadap Dataran tinggi Golan dan Baitulmuqaddis Timur, yang diduduki Israel dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian melakukan pendudukan haram yang tidak mendapat pengiktiran dari masyarakat antarabangsa.

Syria telah berulang kali menuntut penarikan Israel sepenuhnya daripada Golan dengan persetujuan keamanan dan Palestin pula mahu mengiktiraf Timur Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka yang dijanjikan

Walaubagaimanapun, keputusan ini perlu disokong setelah melalui dua kali bacaan tambahan referendum tersebut di Parlimen sebelum boleh menjadi satu undang-undang. Jika diluluskan di parlimen, perjanjian harus diadakan pungutan suara kebangsaan dalam masa 80 hari. aj