fbpx

Bicara Palestin Bergema di Surau At Taqwa

Bicara Palestin Bergema di Surau At Taqwa

Tim HALUANPalestin tanpa jemu terus menerus mengadakan siri ceramah kesedaran Palestin di mana sahaja agar permasalahan Palestin terus mendapat perhatian di hati umat Islam. Terkini satu ceramah Palestin dan Pengalaman Kapal Mavi Marmara di serang telah diadakan di Surau At-Taqwa Batang Kali.Program telah diadakan pada 13 November 2010,Sabtudari jam 7.30 – 9.00 malam. Ceramah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Tn. Hj.  Noorazman Bin Mohd Samsuddin, Pengerusi HALUAN Palestin Pusat.

Beliau telah berkongsi pengalaman beliau sebagai aktivis HALUAN Palestin dan perkongsian permasalahan Palestin. Ternyata para hadirin yang hadir begitu teruja dengan perkongsian beliau.Alhamdulillah sejumlah RM 326.00 sumbangan  telah berjaya diperolehi. Selain dari ceramah, HALUAN Palestin juga turut membuka kaunter jualan barang-barang Palestin.