Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

BACHOK, 8 Nov 2018 – Kem pembentukan sahsiah dan kematangan remaja perempuan bergelar Kem ‎Personaliti Remaja (PESONA) telah menarik lebih 30 peserta sekitar Kelantan untuk hadir.

Kem selama tiga hari dua malam bermula 8 November ‎bertempat di Kem Sri Chap, Bachok, Kelantan itu diuruskan oleh HALUAN Kelantan demi mempersiapkan anak-anak muda sekolah untuk memahami realiti keremajaan dan tanggungjawab yang seiring dengannya. Peserta datang daripada pelbagai sekolah di negeri ‎Kelantan sama ada sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan dan dibantu enam orang ‎urusetia dan empat orang fasilitator. Kursus yang bertemakan “Anugerah Terindah, Puteri Syurga” ini bertujuan ‎untuk membina pemantapan akhlak dan membina kemahiran diri berkaitan asas-‎asas ‎kewanitaan ‎seperti memasak dan menjahit serta memahami fiqh wanita ‎khususnya ‎berkaitan aurat dan ikhtilat.‎ ‎

Cik Amrina Rasyada Azmi merangkap Kem Komandan ‎telah memberikan taklimat kem diikuti slot Heart Setting yang disampaikan oleh Puan Mumtazah Tumian. Kem ini ‎kemudiannya diteruskan dengan aktiviti ice-breaking dan team building. Para peserta ‎berpeluang untuk saling mengenali dan membina jaringan ukhuwah serta ‎kerjasama antara satu sama lain.‎

Hari kedua Kem PESONA ini dimulakan dengan qiamullail pada jam 4.30 pagi untuk membangkitkan keimanan dalam diri setiap peserta. ‎Kemudian, kem diteruskan dengan slot “Serikandi Syurga” yang disampaikan oleh Dr ‎Asma’ Lailee Mohd Noor, seorang pensyarah dalam bidang Sosiologi di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau telah membincangkan tentang ‎ciri-ciri Puteri Syurga dan juga sirah serikandi di zaman Rasulullah SAW.

Kem ‎diteruskan dengan slot ‘The Art of Cooking’ iaitu pertandingan memasak dibantu dan ‎dipantau oleh beberapa orang pemudi Kelantan. Pada sesi petang pula telah dijalankan satu ‎slot ‘Be Creative’ di mana para peserta belajar menjahit pelbagai jenis jahitan bersama ‎ahli-ahli HALUAN. Post Millennial Survival Skills atau War Game ‎dijalankan selepas solat asar. Sesi malam diteruskan dengan slot Fiqh ‎Wanita yang disampaikan oleh Puan Hanisah Hassan. Para peserta didedahkan tentang ‎aurat dan iktilat atau batas pergaulan dengan lelaki yang sebenar dari sudut pandang Islam.‎

Hari terakhir kem ini diisi dengan Scavenger Hunt yang terdiri daripada empat checkpoint iaitu ‎Aktiviti Memanah, Tadabbur Al-Quran, Busana Muslimah dan Kretiviti Pesona. Selain ‎itu, dalam slot resolusi kem sebelum Majlis Perasmian dijalankan, para peserta telah ‎bersepakat untuk mengadakan satu perjumpaan khas selepas kem ini berakhir supaya ‎hubungan sesama mereka dan kefahaman Islam tidak berhenti setakat itu sahaja.

‎Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua ‎Biro HALUANITA Kelantan, Puan Hasnah Muhammad. Beliau memberi penekanan tentang ‎keperluan 10 ciri peribadi muslim dan beberapa perkara yang perlu ada pada Puteri ‎Syurga.

Antara luahan hati yang ditulis oleh peserta pada slot Resolusi Kem, “sepanjang saya ‎berada di kem ini, banyak yang saya dapat seperti boleh berkenalan dengan rakan ‎baru; saya sudah boleh buat qiamullail yang tidak pernah saya buat. Saya dapat ‎menjalankan solat lima waktu yang sebelum ini saya tidak pernah cukupi. Saya dapat banyak ‎ilmu di sini seperti kepentingan menutup aurat yang selama ini saya tidak tahu dan ‎saya juga sudah pandai menjahit. Harapan saya, saya harap program ini diadakan lagi ‎agar lebih ramai mendapat ilmu seperti ini dan sedar akan kesilapan semasa kehidupan ini.”‎

_
Laporan Nurul Fatini Mahmud
Setiausaha, Kem Personaliti Remaja (PESONA) Kelantan 2018

Para peserta, fasilitator dan urusetia bersama Timbalan Ketua ‎Biro HALUANITA Kelantan, Puan Hasnah Muhammad‎ duduk (enam dari kiri) dan pengarah Kem PESONA Kelantan 2018, Dr. Nurul Hana’ Mahmud (duduk lima dari kanan)
Slot Heart Setting bersama Puan Mumtazah Tumian
Slot Serikandi Syurga
Aktiviti The Art of Cooking
Aktiviti Be Creative
Aktiviti Be Creative bersama ahli-ahli HALUAN Kelantan
Slot Fiqh Wanita
Checkpoint 2 : Tadabbur Al-Quran
Checkpoint 4 :Kreativiti PESONA
Checkpoint 1 : Memanah
Checkpoint 3 :Busana Muslimah

Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Visit Us
Whatsapp