fbpx

Beratur Menagih Bahan Bakar

Beratur Menagih Bahan Bakar

Beratur Menagih Bahan Bakar

GAZA CITY, PALESTIN April 31, 2012 – Sudah menjadi lumrah kenderaan bertali arus melingkari bangunan kadangkala sejauh dua kilometer di bandar-bandar dalam Gaza. Sangkaan awal kami terdapat keramaian ibarat sedang menanti pintu stadium dibuka.

Rupanya itulah fenomena biasa bagi rakyat Palestin di Gaza mengintai peluang mendapatkan bahan bakar enjin kenderaan mereka, samada petrol atau disel. Sejak dini hari lagi sebelum subuh, kelihatan kereta, pacuan empat roda, bas, teksi, lori, motosikal serta pejalan kaki sudah siap beratur di stesen-stesen minyak tertentu yang diketahui sudah menerima bekalan daripada lori tangki malam sebelumnya. Ada bekalan yang tiba melalui terowong penyeludupan bawah tanah dari Rafah, Mesir, ada pula yang masuk secara terus daripada sempadan Israel di pintu Erez 1950 Armistice Agreement Line tidak jauh di utara Gaza berdekatan Bandar Bayt Lahiya.

Sewaktu pasukan kemanusiaan HALUAN berada di bumi Gaza, cuaca harian sudah semakin panas dan ini memberikan sedikit kelegaan kepada penduduknya kerana bermakna kurang bahan bakar diperlukan untuk memanaskan rumah-rumah mereka. Pada kadar kos yang tinggi, bahan bakar ini menjadi komoditi mewah bagi kebanyakan rakyat Gaza yang rata-rata miskin dek peperangan yang tiada akhirnya.

Apa tidaknya; seliter petrol dijual pada harga RM16 seliter manakala disel pula RM17 seliter. Tidak ramai yang mampu membeli dan yang ingin membeli pula, tidak semestinya mendapat bekalan yang dihajati. Ini kerana setiap pembeli dihadkan kuotanya. Dan seringkali ramai yang pulang hampa kerana setiba giliran mereka di pam, bekalan sudahpun habis. Yang beratur sejauh satu kilometre itupun pulang dengan harapan agar esok akan ada bekalan lagi di stesen yang lain pula.

Embargo haram ke atas wilayah sah merdeka Gaza di Palestin mempamirkan kebangkaian sikap hasad dan dengki pihak-pihak tertentu seperti Israel, Amerika dan sekutu kuat mereka Mesir dalam usaha mereka menekan dan mematikan umat manusia di Semenanjung Gaza. Setiap item komoditi daripada bahan bakar hinggalah makanan ruji menjadi mahal kerana terpaksa melalui pintu belakang Mesir ataupun mahal kerana dikenakan cukai ekspot yang tinggi oleh Israel di pintu masuk utara Gaza.

Dikatakan kartel peniaga Israel di sempadan utara Gaza itu sangat berpengaruh sehinggakan matawang utama di dalam Gaza kini adalah dalam Shekel Israel. Palestin tiada lagi kuasa dalam menentukan nilai kewangannya sendiri akibat perang yang disengajakan agar ekonominya musnah dan terus bergantung kepada Israel untuk hidup. Sebaik hajat musuh adalah menyahkan seluruh Gaza daripada umat Islam agar mereka dapat menduduki semenanjung yang kaya dengan sumber kehidupan semulajadi itu.

Namun sumpah keramat kepimpinan negara Palestin adalah Gaza menjadi benteng utama Islam mewakili seluruh umat Islam 1.5 bilion sedunia untuk sama-sama kita rempuh tembok konkrit binaan Israel itu menghala ke timur sambil membebaskan Al-Quds kembali ke tangan pemilik berwajibnya iaitu umat Islam sedunia. Mereka di Gaza meyakini bahawa detik-detik itu semakin dekat. Dan mereka nekad mempertahankan Gaza hingga titisan darah yang terakhir sambil mengganyang Yahudi di sebelah tembok itu yang akan berlari bagaikan anjing dengan ekornya di celah kangkang ketika bertempur dengan tentera Allah SWT. Semestinya kita di Malaysia akan bersama mereka di saat gemilang itu nanti.

Teruskan sokongan anda dengan memberikan derma ikhlas untuk perjuangan Palestin ke akaun Tabung Palestin HALUAN di Maybank 5644 9020 8528 atau BIMB 14-023-01-003429-2.