fbpx

Bengkel Pengurusan Media Lahirkan Wartawan HALUAN

Bengkel Pengurusan Media Lahirkan Wartawan HALUAN

Bengkel Pengurusan Media Lahirkan Wartawan HALUAN

Bangi, 19 Februari – Bengkel Pengurusan Media telah berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Bengkel yang julung-julung kali diadakan oleh Biro Penerangan dan Hubungan Luar HALUAN itu disertai oleh lebih 50 orang peserta dari seluruh negara yang mewakili HALUAN negeri dan juga biro-biro di bawah HALUAN Malaysia.

Bengkel selama 2 hari itu mendedahkan pelbagai aspek maklumat dan kemahiran asas bagi seorang wartawan dan jurugambar. Bengkel dirasmikan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Bin Abdul Rahman. Beliau turut membentangkan satu kertas kerja berkaitan peranan dan fungsi media yang menjadi instrumen penting dalam dunia komunikasi hari ini iaitu sebagai ‘enabler’ atau unsur yang membantu tercapainya matlamat dakwah dan tarbiah.

Beliau menyeru wartawan HALUAN untuk mula berperanan. “Sudah tiba masanya bagi HALUAN untuk mengambil langkah pertama untuk menerobos sempadan media konvensional,’ tegas beliau.

Para peserta didedahkan dengan teknik membuat liputan berita, kewartawanan, teknik asas fotografi serta video dan teknik persembahan berita. Selain itu, peserta juga diberi taklimat berhubung fungsi dan operasi unit media dan unit web di bawah Biro Penerangan dan Hubungan Luar.

Semua yang hadir menjadi ahli Kelab Media HALUAN secara automatik dan dilantik sebagai wartawan bagi HALUAN Malaysia.