fbpx

Bengkel Misi Kemanusiaan di Thailand

Bengkel Misi Kemanusiaan di Thailand

Bengkel Misi Kemanusiaan di Thailand

PATTANI, THAILAND, 17 Dis 2022 – Lima peserta daripada HALUAN berpeluang menyertai Humanitarian Workshop selama tiga hari di University Fatoni di sini.

Mereka antara peserta wakil NGO dari Indonesia, Filipina dan Thailand sendiri. Bengkel bermula pada 15-17 Disember itu telah dianjurkan oleh SouthEast Asia Humanitarian Committee (SEAHUM). 

Bengkel bertujuan menajamkan kemampuan pengurusan misi bencana dan kemanusiaan berkenaan di rasmikan oleh Rektor Universiti Fatoni, Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya. Beliau menegaskan bahawa khidmat kemanusiaan adalah kerja asasi yang menjadi sebahagian daripada ibadah, didahului dengan berbuat baik kepada ibubapa. Tambahnya lagi, tidak akan wujud persaingan, pergaduhan dan permusuhan dalam khidmat demi akhirat, tetapi perebut dunia hampir pasti menghasilkan konflik.

Menurut Encik Moehammad January Yoesuf daripada Sekretariat SEAHUM, bengkel ini bertujuan membimbing rakan-rakan NGO khususnya dari Asia Tenggara tentang Standard Asas Kemanusiaan, Respon Pengurusan Bencana, Penilaian dan Perancangan, Arkitek Kemanusiaan, Koordinasi dan Akauntabiliti dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Antara aktiviti menarik termasuklah Role Play yang membayangkan para peserta bermesyuarat menghadapi krisis banjir. Peserta diminta memberi respon berdasarkan watak sebagai kerajaan tempatan, wakil UN, OCHA, media, dan wakil-wakil NGO bagi memberi maklumbalas berkaitan kesihatan dan keperluan relawan. Sesi tersebut menekankan tentang kelebihan koordinasi mantap yang boleh menerbitkan banyak peluang dan manfaat.

Ade Salamun daripada Al Khair Foundation, Indonesia rasa teruja bila mendapat taklimat yang lengkap berkaitan panduan dalam kerja-kerja kemanusiaan. Namun, beliau menyatakan perlu kepada setiap NGO Muslim untuk menterjemahkan setiap standard kemanusian yang digariskan secara umum mengikut perspektif Islam.


Laporan Muhd Ridha Abd Ghani, NYDP4 (Kluster Kebajikan & Kemanusiaan), HALUAN Perlis