fbpx

Bekalan Air – Senjata Zalim Zionis Yang Ingin Terus Disorok

Bekalan Air – Senjata Zalim Zionis Yang Ingin Terus Disorok

Bekalan Air – Senjata Zalim Zionis Yang Ingin Terus Disorok

water-01BANDAR BARU BANGI, 17 Feb 2014 — Presiden Parlimen Eropah, Martin Schulz, menggemparkan Knesset pada minggu lalu apabila beliau menyoal barisan pemimpin Zionis di situ samada mereka mengotakan perjanjian bekalan air dengan penduduk Palestin.

Apa yang diucapkan oleh Schulz, “Ketika saya di Ramallah awal minggu ini, seorang pemuda Palestin bertanya kenapa seorang Yahudi boleh menggunakan 70 liter padu air sehari sedangkan seorang rakyat Palestin hanya 17 liter padu? Saya tidak (dapat lagi) mengesahkan data. Saya bertanya kepada anda (ahli dewan Knesset yang hadir) adakah ini benar?”

Satu soalan yang membangkitkan kemarahan bukan sahaja di kalangan mereka yang hadir, bahkan juga mereka di luar dewan termasuk agensi media utama Zionis.

Ucapan Schulz begitu membangkitkan kemarahan Naftali Bennett, Menteri Ekonomi Zionis yang berhaluan kanan, sehingga beliau bertindak keluar meninggalkan Knesset sebagai protes. Menteri Kehakiman, Tzipi Livni juga naik marah sehingga beliau menuduh Schulz telah diperdaya. “Kami memberi air kepada Palestin lebih daripada apa yang telah dipersetujui,” kata Livni.

Bagaimanapun, dakwaan Livni bahawa mereka “memberi” air kepada Palestin sebenarnya suatu fakta yang salah, seolah-olah ia merupakan satu pernyataan pendirian bahawa Zionis adalah pemilik kepada semua bekalan air yang ada di wilayah tersebut. Apa yang sepatutnya disebutkan oleh Livni adalah bahawa mereka “menjual” air, iaitu Zionis menjual air kepada Palestin yang sebenarnya merupakan hak milik rakyat Palestin sendiri.

Pada hakikatnya, Palestin tidak perlu membeli setitis air sekalipun daripada rejim Zionis sekiranya Zionis tidak menjajah wilayah Tebing Barat dan mengawal bekalan air yang ada di situ. Bahkan Perjanjian Oslo II yang dipersetujui pada tahun 1995 hanya membenarkan kawalan air untuk tempoh sementara, iaitu sehingga rakyat Palestin dapat membentuk kedaulatan penuh ke atas kawasan bekalan air mereka. Namun kawalan itu terus berlaku sehingga ke hari ini. Siapa yang tipu siapa dalam hal ini?

Rakyat Palestin diberikan bekalan air hanya sebanyak 118 juta meter padu setiap tahun. Manakala rejim Zionis membekalkan penduduknya sebanyak 483 juta meter padu air setiap tahun – empat kali ganda lebih banyak.

Namun ianya bukanlah lagi suatu perkara yang rahsia bahawa Zionis mengeluarkan lebih banyak air daripada apa yang diperuntukan kepada mereka, dan Palestin mengeluarkan jauh lebih sedikit walaupun mereka sebenarnya memerlukan penambahan sekurang-kurangnya 80 juta meter padu lagi daripada apa yang diperuntukkan kepada mereka. Dalam pada itu, Zionis menjual 60 juta meter padu air kepada penduduk Palestin setiap tahun, iaitu jauh melebihi had 27.9 juta meter padu yang dibenarkan untuk mereka menjual. Nampak kejahatan Zionis?

Kenapa rakyat Palestin mendapat bekalan air jauh lebih sedikit daripada apa yang dibenarkan? Mereka sebenarnya dilarang menggali air di kawasan pergunungan barat, satu kawasan sumber air yang sangat penting. Dalam pada itu, sebahagian besar daripada bekalan air yang disalurkan ke Tebing Barat berakhir dengan pembaziran kerana rejim Zionis hanya membenarkan mereka menggunakan paip air yang kecil sehingga tidak mampu menanggung proses saliran. Mengeruhkan lagi keadaan, kelulusan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja penggerudian dan pembaikan sering tertangguh, menyebabkan berlaku kehilangan air sehingga 30%.

Lebih memilukan, 113,000 orang rakyat Palestin yang tinggal di Area C di Tebing Barat, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis, tidak mendapat jaringan paip bekalan air sama sekali, bahkan mereka tidak dibenarkan menakung air hujan ke dalam tangki. Sungguh biadap bangsa tidak bermaruah ini. Hujan anugerah Allah pun mereka hendak menghalang manusia lain daripada menikmatinya. Rakyat Palestin tidak ada pilihan kecuali terpaksa membeli air dari rejim Zionis. Nabi demi Nabi yang diturunkan Allah kepada bangsa Yahudi ini tidak pernah dapat mendidik mereka untuk tidak terus menjadi binatang buas.

Bagi 1.8 juta penduduk Gaza pula, mereka dipaksa bergantung kepada sumber air di kawasan sempadan yang tidak dapat menampung keperluan mereka. Namun rejim Zionis tetap mendakwa Gaza mempunyai bekalan air yang cukup, sehingga penduduknya dihalang daripada membina atau membaiki infrastuktur bekalan air. Penggalian yang berlebihan di Gaza menyebabkan bekalan air bersih bercampur dengan air kumbahan serta air laut dan nitrat beracun dari Mediterranean, menjadikan 90% daripadanya tidak boleh diminum.

Apakah Schulz telah membuka pekung kezaliman Zionis yang ingin disorok daripada mata masyarakat dunia?