fbpx

Bantuan Syria Telah Disampaikan. Teruskan Membantu.

Bantuan Syria Telah Disampaikan. Teruskan Membantu.

Bantuan Syria Telah Disampaikan. Teruskan Membantu.

ALEPPO, SYRIA, 20 Feb 2012 — Insan mana yang tidak menitiskan air mata melihat anak-anak, wanita dan warga emas hidup berhadapan dengan seksaan, ketakutan, kesengsaraan dan kematian? Jiwa mana tidak menangis melihat penderitaan dan tragedi kemusnahan yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat dunia?

Lebih 70,000 rakyat Syria telah terbunuh menjadi mangsa kerakusan rejim Syiah pemerintahan Bashar Assad. Lebih 700,000 lagi terpaksa menjadi pelarian di negara luar. Bahkan menurut IDMC (Internally Displacement Monitoring Center – Pusat Pemantauan Pelarian Dalam Negeri) kini sejumlah tiga juta rakyat Syria terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri.

Dengan perlindungan Allah SWT, sekumpulan relawan Indonesia dan Palestin telah berjaya memasuki wilayah Aleppo dan Damsyik di Syria bagi menyampaikan amanah bantuan kemanusiaan kepada saudara mereka yang parah menderita sejak dua tahun lalu. Mereka membawa bersama barangan bantuan keperluan asas kritikal, sumbangan rakyat Indonesia, Gaza dan Malaysia.

“Ya, pasukan relawan kita juga menyampaikan amanah dari Gaza, untuk rakyat Syria,” jelas M. Fanni Rahman, Ketua Umum Sahabat Al-Aqsha yang menjadi rakan kerjasama HALUAN Malaysia sejak tahun 2009. Sejumlah US$10,000 sumbangan rakyat Malaysia melalui HALUAN telah disampaikan kepada fakir miskin yang semakin sengsara, terutama sekali di Kem Pelarian Al-Karamah, berdekatan Aqrabat di Idlib, utara Syria.

Turut bersama misi tersebut adalah sebuah NGO tempatan, Al-Sarraa Foundation.

Menurut keterangan M. Fanni, dalam lawatan relawan Sahabat Al-Aqsha ke Gaza pada bulan Disember lalu, para pemimpin di Gaza yang masih dikepung zionis Yahudi itu berkata, “bawalah sebahagian bantuan ini untuk saudara-saudara kami di Syria, mereka sedang lebih memerlukan daripada kami.”

“Hati kami hancur mendengar kekejaman yang mereka alami di penjara-penjara rejim ini,” ulas Tomi Janto, Ketua Pasukan Relawan Sahabat Al-Aqsha. Sehingga ini, rejim Bashar telah memenjara dan menyiksa lebih dari 30,000 rakyatnya. “Kota Aleppo terbahagi kepada dua, sebahagiannya sudah dibebaskan oleh para pejuang, manakala sebahagian lagi masih dikuasai oleh tentera rejim. Selain mengalami penghancuran terus-menerus, saudara kita di Aleppo terpaksa menghadapi musim sejuk yang membeku tanpa bekalan elektrik selama empat bulan terakhir ini. Makanan semakin sukar diperolehi. Air semakin sedikit. Hospital-hospital sesak kebanjiran mangsa pengeboman dan sniper tentera rejim Bashar. Kami mengagihkan makanan di bawah gegaran bom, roket, dan dentuman meriam,” jelas Tomi.

Bagaimana dengan kita yang hidup mewah dan aman di Malaysia? Apakah hati kita masih tidak tergerak untuk membantu saudara kita di Syria yang dicengkam golongan ajaran sesat Syiah yang dibantu oleh juak-juak serantau mereka dari Lubnan hingga ke Iran dan Iraq? Apakah masih tidak kita sedar bahawa pengikut Syiah mendeklarasikan halalnya ditumpahkan darah pengikut Ahlul Sunnah wal-Jamaah? Sedarkah kita bahawa mereka ini dibantu dengan pesat oleh musuh-musuh Islam lain seperti Cina, Amerika dan Russia agar saf pemerintahan golongan yang mencintai Islam yang syumul tidak berdaya bangkit menentang? Puaskah kita mempercayai media antarabangsa yang menumpulkan kegiatan pembunuhan beramai-ramai warga tidak berdosa Syria semata-mata melindungi puak kuffar Syiah yang berkepentingan berkerjasama dengan musuh-musuh Islam ini?

Cukuplah Allah sebagai saksi, dan sebagai satu-satunya sebab, agar kita tidak berdiam diri atas keadaan saudara-saudara kita di Syria.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Al-Quran Surah Al Anfal : 72]

HALUAN Malaysia prihatin dengan segala kesengsaraan ini. Sebanyak tiga pasukan misi kemanusiaan telah dihantar ke sempadan Syria-Turki dan Syria-Jordan, membawa bantuan makanan, pakaian dan kemudahan perubatan asas. Sedangkan lebih tiga juta rakyat Syria kini menderita di dalam negara mereka sendiri.

Saudara-saudara kita di Syria sangat memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka mengharungi kehidupan di musim sejuk. Mereka sangat memerlukan bantuan dan rawatan perubatan, khemah-khemah penginapan sementara, kelengkapan belajar untuk kanak-kanak, khemah untuk membina masjid darurat dan juga bantuan khusus seperti susu dan makanan bayi, tuala wanita dan juga selimut.

Teruskan sumbangan ikhlas anda untuk rakyat Syria melalui “Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN”, di Maybank 5622 6350 2611.