fbpx

BANTUAN BANJIR MONSUN TIMUR LAUT

BANTUAN BANJIR MONSUN TIMUR LAUT

BANTUAN BANJIR MONSUN TIMUR LAUT

Saban tahun Monsun Timur Laut berlaku setiap hujung tahun hingga awal tahun berikutnya. Terkini beberapa negeri telah dilanda bencana banjir sehingga menjejaskan kediaman dan kemudahan awam seperti sekolah, masjid dan surau.

Dalam keadaan negara kita yang masih berperang dengan pandemik virus COVID-19, ramai individu yang terkesan akibat tibanya musim tengkujuh ini. Ada juga yang kehilangan pekerjaan sekaligus kehilangan sumber pendapatan keluarga.

HALUAN terus bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan bergerak di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menjadi agensi peneraju bagi Kluster Pemulihan Awal untuk menyalurkan bantuan kepada negeri-negeri yang dilanda bencana banjir.

Oleh itu, HALUAN membuka ruang dan peluang kepada masyarakat yang ingin turut serta menyalurkan bantuan kepada mangsa musibah ini.

Bantuan yang akan disalurkan adalah:

  1. Kerja-kerja membersih tempat kemudahan awam, rumah kediaman dan lain-lain pasca banjir
  2. Bantuan keperluan asasi seperti makanan dan minuman air bersih
  3. Motivasi & kaunseling kepada anak remaja di pusat-pusat pemindahan banjir

Anda juga boleh bersama kami menabur bakti. Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:

Nama: Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
No. akaun: 5622 6350 2611
Nama bank: Maybank Berhad

__
Donate to Bantuan Banjir Monsun Timur Laut

StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Mudah Secara Dalam Talian

Sertai Sukarelawan
https://www.haluan.org.my/sukarelawan/

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my