fbpx

Banjir Bongkar Kisah Kemiskinan

Banjir Bongkar Kisah Kemiskinan

Banjir Bongkar Kisah Kemiskinan

KUALA NERUS, TERENGGANU, 10 Januari 2023 – Akibat bencana banjir yang melanda, terbongkarlah kisah tiga beradik ini!

Adik-beradik ini telah tercicir daripada persekolahan atas faktor kemiskinan. Ibubapa mereka bekerja sebagai penjual kuih di tepi jalan. Akibat banjir, kesemua peralatan dan bahan masakan rosak dan mereka kehilangan punca pendapatan. 

Si abang sudah berumur 11 tahun namun hanya mampu menghadiri sekolah selama beberapa hari pada tahun lepas. Manakala adik-adiknya masing-masing berumur tujuh dan lapan tahun, tidak pernah langsung merasai alam persekolahan.

Situasi mereka hanya diketahui apabila HALUAN giat mencari dan membantu pelajar yang terjejas akibat banjir. Kempen yang bertemakan Back 2 School ini mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Yayasan Hasanah. Daripada maklumat dan data yang dikumpul, HALUAN mendapati bahawa pasangan mangsa banjir ini mempunyai tiga orang anak namun tidak mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus telah bertindak pantas denga  menguruskan pendaftaran mereka di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus, pagi tadi. Tengahari ini, mereka bersama Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Mohd Jamil Muda, membeli belah pakaian dan kelengkapan persekolahan.

Ini hanyalah langkah pertama mereka. Masih panjang dan jauh perjalanan pendidikan mereka. Namun tanpa langkah pertama, perjalanan ini tidak akan wujud sama sekali. Semoga dengan pendidikan yang berterusan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga.

Inilah harapan kami.

Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

ATAU

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

Ref: #MTL
wa.me/601120511909

_
Laporan oleh Mohd Jamil Muda, Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN