Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Jan 2020 – Kegigihan dakwah HALUAN semakin membuahkan hasil. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan masyarakat Orang Asli, HALUAN telah membantu pengurusan pendaftaran seorang pelajar Orang Asli daripada Rancangan Penempatan Semula Orang Asal (RPS) Air Banun, Gerik, Perak, adik Anwar Charol di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di sini pada 5 Januari lepas.

Pengajian beliau selama tiga tahun di sana adalah di atas tanggungan  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Menurut Ustaz Juha Bah Junan daripada Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), pihak jabatan amat menggalakkan serta membuka ruang untuk para mualaf dan orang asli melanjutkan pelajaran di bidang dakwah dan menggalakkan para NGO untuk mencari calon.

HALUAN telah dan sedang mengenalpasti beberapa orang lagi tokoh muda-mudi kampung di RPS Air Banun untuk diketengahkan kepada kursus-kursus jangka pendek dan panjang berteraskan agama. Ini bertujuan melahirkan para dai lelaki dan perempuan yang bakal menjadi mubaligh Islam jauh di dalam perkampungan terpencil mereka di dalam hutan. HALUAN sedang giat melaksanakan langkah-langkah proaktif pembangunan ekonomi dan sahsiah di dua buah kampung di RPS berkenaan, iaitu Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba. Mereka berketurunan suku kaum Jahai.

Pendaftaran adik Anwar telah di temani oleh Pengarah Program Orang Asli Air Banun HALUAN (ProOAB), Dr. Ahmad Ikhwan Subberi dan mubaligh kawasan, Ustaz Askee Ali Bah Pintu. 

“Harapan kami adalah agar adik Anwar bersedia untuk menjadi tenaga pendakwah di RPS Air Banun beberapa tahun lagi, dan menjadi ikon ikutan pemuda-pemudi di RPS Air Banun ini. Hasrat kami juga adalah untuk melahirkan lebih ramai orang seperti dia kerana penyampaian dakwah akan jauh lebih berkesan jika dilaksanakan oleh orang tempatan sendiri yang lebih arif dari segi bahasa, adat dan adab kaum mereka sekampung. Tanpa tokoh seperti Anwar, amat sukar bagi para sukarelawan luar untuk menyampaikan mesej dakwah dalam serba kekangan yang ada,” jelas YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Ahmad Shukri Nordin.

Sementara itu, kehadiran Anwar di Kota Bharu akan dipantau dan dibantu oleh Relawan HALUAN cawangan Kelantan. Penglibatan HALUAN cawangan Kelantan merupakan rantaian penting kekuatan gerak kerja dakwah dan tarbiah di RPS Air Banun.

Menurut Encik Ahmad Shukri lagi, beliau amat berterima kasih dan bersyukur di atas kerjasama yang mantap daripada MAIPk, JAIPerak, IDIP serta sukarelawan HALUAN amnya. Anwar terlebih dahulu telah dihantar oleh HALUAN untuk mengambil sijil asas pengetahuan Islam selama empat bulan di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA), Sungai Petani, yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di IDIP.

Anda mungkin teruja dengan usaha-usaha kecil kami ini. Tetapi anda tidak sanggup meredah hutan belantara. Tapi anda masih berpeluang mendapat ganjaran pahala. Bantulah kerja-kerja dakwah kami dengan  menyumbang kepada:

RM1,630 of RM70,520 raised
RM
Select Payment Method
Log In to Your Account (optional)

Donation Total: RM50.00


Laporan Abd Halim Khudri, HALUAN caw. Pulau Pinang