fbpx

B40 KL Terima Pek Makanan Sumbangan Masyarakat

B40 KL Terima Pek Makanan Sumbangan Masyarakat

B40 KL Terima Pek Makanan Sumbangan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2020 – HALUAN cawangan Kuala Lumpur telah menyampaikan sumbangan berbentuk pek makanan barangan dapur dan iftar ramadan kepada golongan yang kurang mampu (B40) semalam melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan.

Kempen Sejuta Barakah Ramadan ini telah dilancarkan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman bersama panel jemputan Ust. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, yang lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf pada 22 April lepas.

Aktiviti edaran sumbangan barang keperluan tersebut diketuai Ketua Biro Kebajikan HALUAN Kuala Lumpur, Encik Muhammad Ar-rasyid Jaafar dan turut disertai Setiausaha Kerja HALUAN Kuala Lumpur, Encik Mohd Hafiizh Mohd @ Ghazali bersama beberapa orang pemuda HALUAN Kuala Lumpur dan sukarelawan yang ikut serta.

Seramai 45 keluarga sekitar Kuala Lumpur menerima sumbangan pek makanan berbentuk barang keperluan asas seperti minyak masak, tepung, biskut, gula, dan barangan lain, hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan itu.

HALUAN Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Masih ramai lagi yang terkesan akibat PKP ini dan memerlukan bantuan kita semua. Ayuh, segeralah menderma melalui kami di pautan berikut:


Laporan Encik Muhammad Ar-rasyid Jaafar, HALUAN Kuala Lumpur