fbpx

Apa Motif Israel Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Serangan Kapal Flotilla?

Apa Motif Israel Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Serangan Kapal Flotilla?

14 Jun – Israel mengatakan akan melaksanakan penyiasatan sendiri ke atas serangan yang mereka lalukan yang menyebabkan kematian  pada sebuah konvoi kapal bantuan Gaza, panel tersebut turut melibatkan dua orang pemerhati asing. Sebuah pernyataan dari pejabat Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu, pada hari Ahad berkata suruhanjaya siasatan itu akan diketuai oleh Yaakov Turkel, bekas hakim mahkamah tertinggi Israel.

Dua lagi kalangan bukan warga Israel, Ken Watkin, bekas ketua tentera di Kanada dan David Trimble, seorang ahli politik dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Ireland Utara, akan menjadi pemerhati dalam proses siasatan tersebut. “Suruhanjaya boleh meminta sebarang maklumat dari Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, menteri lain dan Ketua Angkatan Pertahanan Israel.” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat PM Israel. Akhbar Haaretz melaporkan pada Jumaat lalu suruhanjaya siasatan itu akan ditugaskan untuk mencari jawapan atas tiga pertanyaan tentang, apakah sekatan ke atas Gaza adalah sah menurut undang-undang antarabangsa? Apakah operasin yang dilakukan oleh angkatan laut Israel pada armada kebebasan itu sah mengikut perundangan? Dan apakah penggunaan kekerasan oleh tentara Israel yang menyerang kapal Marmara dibenarkan dan sesuai? Walaubagaimanapun Menteri Kehakiman Israel, Yaakov Neeman menyarankan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu agar tidak menubuhkan suruhanjaya tersebut. Ini kerana suruhanjaya itu akan memiliki kuasa yang luas untuk melakukan siasatan dan akan dapat memanggil para saksi serta memaksa mereka untuk membongkarkan sebarang dokumen yang berkenaan  kepada suruhanjaya tersebut. Analisis seorang pengamal undang-undang Israel, Ze’ev Segal menulis di sebuah akhbar Israel merasakan kewujudan suruhanjaya itu dilatarbelakangi keinginan untuk memuaskan Amerika, kerana pemerintah Israel tidak akan peduli dengan tuntutan seperti diminta pertanggungjawaban dari perdana menteri dan menteri pertahanan serta menteri lain Israel tentang persiapan sebelum dan selama armada kebebasan itu mendapatkan serangan dari Israel. Apakah suruhanjaya itu mampu berfungsi sebagai badan siasatan yang bebas? (ajzr / haaretz / krord)