fbpx

Allah SWT Tetap Akan Menjaga Deennya

Allah SWT Tetap Akan Menjaga Deennya

Allah SWT Tetap Akan Menjaga Deennya

Kita amat yakin bahawa dagang Islam kali kedua ini akan berakhir jua dengan pertolongan Allah SWT. Di sana masih ramai daripada umat ini yang ruh Islam mereka masih utuh, semangat cintakan Islam masih membara. Ini terbukti bahawa mereka tetap meneruskan amal-amal Islam walaupun dalam bentuk terpisah-pisah dan dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Di Barat, banyak gereja telah ditukar menjadi masjid antaranya di New York, London, Marseilles dan Routerdam. Bilangan penduduk Eropah yang masuk Islam juga dilihat bertambah dari masa ke semasa. Di negara kita, kesedaran terhadap kepentingan Islam menampakkan petunjuk yang positif. Kesedaran untuk beramal dengan Islam meningkat walaupun lebih berbentuk pecahan-pecahan.

Allah SWT tetap akan menjaga deen ini walau apa jua tentangan, perancangan dibuat untuk menutup cahaya Allah SWT di bumi ini. Firman Allah SWT:-

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ – 61:8

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As Saf:8)

__
Help for Healthworkers (H4H)
https://HelpforHealthworkers.wasap.my