fbpx

Al-Quran turut dipersendakan oleh pengganas Zionis Israel

Al-Quran turut dipersendakan oleh pengganas Zionis Israel

Al-Quran turut dipersendakan oleh pengganas Zionis Israel

Kebiadaban Zionis Israel tidak hanya dengan membunuh dan mencederakan orang-orang awam yang tidak berdosa serta menghancurkan kemudahawan awam seperti masjid, rumah, sekolah dan hospital. Bahkan mereka begitu berani mempersendakan kitab suci al-Quran di perpustakaan Hospital Al-Syifa Gaza dengan mengoyak dan menconteng al-Quran dengan gambar bintang David dan tulisan-tulisan Ibrani – sewaktu peperangan terjadi. Pasukan relawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) yang berjaya memasuki Gaza telah menyaksikan sendiri kesan-kesan kebiadaban yang dilakukan oleh tentera pengganas Zionis Israel, dan mereka merakamkan bukti-bukti kebiadaban tersebut, termasuk tindakan tentera Zionis Israel  merosakkan kitab suci al-Quran. Hal ini menyokong dakwaan beberapa pihak bahawa serangan tentera pengganas Zionis Israel ke atas Gaza bukanlah semata-mata kerana membalas serangan pejuang-pejuang Palestin, tetapi ianya memang mempunyai unsuf dan motif keagamaan, kerana pada hakikatnya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Yahudi dan Nasrani adalah sangat kuat permusuhannya terhadap umat muslimin. [HP/bsmipusat]