fbpx

Al Qaradhawi: Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir Adalah Haram

Al Qaradhawi: Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir Adalah Haram

Al Qaradhawi: Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir Adalah Haram

Ketua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, telah mengeluarkan fatwa bahawa pembangunan tembok besi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Mesir di persempadanan Mesir-Gaza adalah haram berdasarkan syari’ah. Al Qaradhawi menegaskan dalam kenyataannya yang disampaikan kepada sejumlah media informasi pada hari Isnin (28/12) yang lalu, bahawa pembangunan tembok besi itu adalah perbuatan yang diharamkan menurut syari’ah (agama), kerana ianya bertujuan menghalangi rakyat Gaza dari mendapatkan bahan keperluan asasi bagi menruskan kehidupan mereka, seterusnya menjadi penyambung kepada sekatan yang telah dikenakan ke atas mereka Situasi ini akan semakin membuatkan warga Gaza semakin kelaparan, terhina dan tertindas; yang mana semua hal tersebut dilakukan demi memenuhi dan mempersetujui permintaan Israel. av/ral.