fbpx

Akhlak Jati Diri Berputik Di ProCAST Sabah

Akhlak Jati Diri Berputik Di ProCAST Sabah

Akhlak Jati Diri Berputik Di ProCAST Sabah

KUNAK, 12 November 2012 — HALUAN Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kunak telah berjaya menganjurkan Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST) bertempat di sekitar Sekolah Kebangsaan Pangi Kunak, di Pantai Sarina, Sabah pada 10 hingga 12 November 2012.

ProCAST ini telah disertai seramai 47 orang peserta yang umumnya daripada kalangan pelajar daripada tiga buah daerah. Ia merangkumi lapan buah sekolah iaitu SMK Kunak, SMK Kunak Jaya, SMK Madai, SMU Islam Kunak, SMK Terusan Lahad Datu, SM Sains Lahad Datu, SMK Silabukan Lahad Datu dan SMK Abdullah Semporna.

Program ini bertujuan mencetuskan kesedaran kepada para peserta dalam aspek pembinaan akhlak mulia dan memiliki jati diri yang terpuji. Aspek ini merupakan suatu sifat yang perlu bagi setiap pelajar pada masa kini untuk membekalkan mereka dengan semangat jati diri yang kuat bila menempuh alam menara gading nanti.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Samah Abu Bakar, Penyelia Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kunak. Turut hadir Naib Presiden HALUAN, Prof Madya Dr Hj Azizan Ahmad serta relawan-relawan HALUAN setempat.

Adalah diharapkan ProCAST ini akan menjadi titik bermula untuk para peserta berubah menjadi individu yang memiliki akhlak yang mulia dan mampu memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat sekeliling mereka.