fbpx

Akhirnya, HALUAN Masuki Kem Pelarian PALESTIN-SYRIA

Akhirnya, HALUAN Masuki Kem Pelarian  PALESTIN-SYRIA

Akhirnya, HALUAN Masuki Kem Pelarian PALESTIN-SYRIA

BEIRUT, 10 Feb 2019 – Kegagalan beberapa cubaan sejak beberapa tahun lalu untuk memasuki kem pelarian Ain Al Hilweh di sini akhirnya tertebus baru-baru ini setelah pasukan sukarelawan HALUAN berjaya memasuki kem tersebut diiringi oleh Ummu Romi, wakil HALUAN di Lubnan.

Prosidur keselamatan yang ditetapkan oleh pihak pemerintah Lubnan adalah sangat ketat sehinggakan hampir mustahil mana-mana NGO dapat melepasi kawalan keselamatan mereka yang bertujuan memisahkan pelarian Palestin-Syria dari penduduk asal Beirut. Menunggu pelepasan pemeriksaan oleh tentera Lubnan di pintu masuk kem adalah saat penuh debaran. Permohonan awal telah diuruskan oleh pihak Ummu Romi di sana.

Hasrat utama HALUAN adalah untuk menyaksikan sendiri keadaan sebenar kehidupan di dalam kawasan kurungan itu dan memastikan agar segala bantuan kemanusiaan yang pernah diberikan secara bertahap melalui para dermawan di Malaysia benar-benar sampai ke tangan mangsa di sana.

Perasaan teruja dan sebak menerjah dada apabila kali pertama dapat menatap wajah anak-anak yatim yang telah sekian kali ditaja dalam program Cinta Palestin-Syria. Mereka adalah anak-anak yatim yang berasal dari kem pelarian Mukhoyam Yarmouk, Syria. Semoga Allah merahmati semua yang terlibat dalam program penajaan anak-anak yatim ini.

HALUAN hanya mampu menaja 100 orang anak yatim sahaja. Adalah diharapkan semoga lebih ramai lagi individu yang akan tampil untuk terus menyumbang ke program ini agar kami dapat menambah jumlah penajaan anak yatim yang berjumlah lebih 600 orang. Kami cuma mampu menaja seorang daripada setiap keluarga. Perasaan kami menjadi serba salah apabila salah seorang ibu membawa semua anak-anak yatim kecil untuk menerima wang tajaan sedangkan yang layak menerima cuma seorang sahaja. Sebagai menghiburkan hati anak-anak ini, kami memberikan hadiah dan gula-gula dari Malaysia kepada semua yang hadir.

Kami juga mengutip data kesihatan anak-anak di bawah tajaan program ini. Amat mengejutkan, ramai di kalangan kanak-kanak di sini menghidapi diabetes. Malah sesetengahnya mengambil insulin sebagai langkah rawatan. Terdapat juga anak anak yang menghidapi penyakit thalassemia, autisma dan lain lain lagi. Malah ada anak-anak yang cacat kerana terkena tembakan oleh sniper semasa serangan di Syria.

Kami menginap di rumah Ummu Romi yang juga pengurus anak-anak yatim di bawah program HALUAN. Keselamatan di sini agak terkawal walaupun pergerakan kami sentiasa diawasi oleh pengawal keselamatan. Atas faktor keselamatan, kami dinasihatkan tidak keluar ke masjid waktu subuh kerana dibimbangi berlaku penculikan.

HALUAN berhasrat mewujudkan pusat pengajian untuk anak anak yatim di sini memandangkan sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA sangat dhaif dan tidak mengajar subjek deeniyah. Kami berhasrat untuk mewujudkan Palestin Community Educare Center (PCEC). Selain program persekolahan untuk anak anak, program bantuan ekonomi keluarga seperti pusat latihan jahitan untuk kaum ibu akan turut diusahakan.

Kehidupan pelarian di sini sangat dhaif kerana Lubnan adalah sebuah negara yang tidak menandatangani ratifikasi konvensyen pelarian. Pelarian tidak dibenarkan bekerja dengan mana- mana agensi. Mereka terpaksa mencari kerja sekadar kais pagi makan pagi.

HALUAN sebagai sebuah NGO yang menekankan pendidikan dan bantuan kemanusiaan akan terus membantu ummah di dalam dan luar negara. Peranan anda adalah menderma melalui usaha-usaha kami agar kita dapat sama-sama berkongsi pahalanya nanti.

Salurkan sumbangan anda secara online melalui pautan.

Anak Yatim Palestin-Syria

RM196,164 of RM240,000 raised
RM
Select Payment Method
Log In to Your Account (optional)

Terms

Donation Total: RM250.00 One Time

_
Laporan Pegawai Media Misi, Muhammad Mus’ab Sa’ari

Ummi Romi Menyerahkan Duit Sara Hidup pada anak yatim
HALUAN menyantuni anak yatim Palestin-Syria
Serahan Duit Sara Hidup Pada anak Yatim Palestin-Syria