fbpx

Air Bersih Untuk Pelarian Syria

Air Bersih Untuk Pelarian Syria

Air Bersih Untuk Pelarian Syria

BANDAR BARU BANGI, 22 November 2021 — Kekurangan sumber air bersih sedang menjadi krisis kemanusiaan dan ancaman terbaharu di Al Bab, timur Aleppo, Syria. Seramai 300,000 orang terkesan dengan krisis air ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian (IDP). Musim kemarau menyebabkan beberapa telaga yang sedia ada hampir ataupun sudah mula kekeringan.

Sempena kempen WASH (Water, Sanitation And Hygiene), HALUAN telah berjaya menyiapkan sebuah telaga air di kem pelarian Dar Al Karam di perkampungan Sandra, Akhtarin City. Kem ini menempatkan sebanyak 388 buah khemah yang terdiri daripada buah 293 keluarga. HALUAN telah menerima sumbangan daripada pelanggan SABASUN Hyperuncit untuk projek telaga air di kem ini.

Proses penyiapan telaga ini menelan kos yang tinggi disebabkan sumber air dalam tanah berada di paras kedalaman antara 80 hingga 100 meter. Setelah melalui pelbagai halangan, akhirnya projek telaga ini telah mampu mengeluarkan air bersih untuk kegunaan pelarian di kem ini.

HALUAN juga akan membina tandas awam dan membekalkan keperluan pembersihan sempena kempen WASH  yang sedang dijalankan. Faktor pemilihan tempat projek seumpama ini adalah berdasarkan keperluan jangka panjang dan keselamatan setiap tempat atau kem.

Pelarian di kem berkenaan melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang dari Malaysia untuk projek ini. Kami berharap  sempena kempen WASH tersebut, projek membekalkan air ini akan dapat diperkembangkan lagi ke beberapa kawasan dan negara yang telah dikenal pasti.

Keprihatian rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan hidup yang sedang ditanggung oleh mangsa-mangsa krisis kemanusiaan ini. Semoga kita terus diberikan kelapangan oleh Allah SWT untuk terus membantu samada dalam atau luar negara.

Teruskan sumbangan ikhlas anda, sama ada berbentuk infak atau zakat ke akaun:

Nama Akaun : TABUNG KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HALUAN 

Nama Bank : Maybank Islamik 

No. Akaun : 562263502611

Laporan Mohd Jamil Muda, Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan