fbpx

Ahli Parlimen Kuwait Tiba Di Gaza Dalam Misi Amal

Ahli Parlimen Kuwait Tiba Di Gaza Dalam Misi Amal

2 Mei, Seramai 5 orang delegasi kalangan ahli parlimen dari Kuwait telah tiba di Gaza pada hari Ahad, 2 Mei yang lalu. Kunjungan mereka adalah dalam rangka mengadakan perbincangan bagi menjayakan  projek-projek amal yang dibiayai Kuwait. Kumpulan delegasi tersebut diketuai oleh MP Abdul Muhsen Al-Qattan. Beliau mengatakan bahawa para delegasi tersebut akan melawat pusat Qatan di bandar Gaza dan akan mendapatkan maklumat secara terus tentang penderitaan rakyat Gaza akibat dari pengepungan Israel sejak empat tahun yang lalu. (PIC).