fbpx

Ahli dan Relawan Jayakan Sukan HALUAN

Ahli dan Relawan Jayakan Sukan HALUAN

Ahli dan Relawan Jayakan Sukan HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 10 Jun 2015 – Lebih 150 orang peserta dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjayakan Kejohan Sukan HALUAN (SUKHAL) Zon Tengah 2015 di Kompleks Sukan German Malaysian Institute (GMI) di sini pada 6 Jun lepas. Kejohanan menarik ini telah berjaya mencapai objektif untuk memupuk dan menyemarakkan semangat ukhwah dan kerjasama di kalangan ahli dan relawan dalam suasana tidak formal dan mesra. Antara lain, kejohanan dwi-tahunan ini adalah untuk memastikan ahli dan relawan HALUAN kekal sihat dan cergas fizikal dan ruh untuk memikul amanah yang diberikan.

Dalam kejohanan kali ini, kontinjen Putrajaya berjaya menggondol piala pusingan selaku pemenang keseluruhan melalui kiraan mata selepas berjaya menjuarai acara Bola Sepak 9 sebelah dan Ping Pong. Manakala bola tampar dan badminton dimenangi oleh kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam perasmian penutupan, Pengurus Kejohanan, Encik Hamdan Salleh turut mewar-warkan untuk mengadakan Liga Bola Sepak HALUAN yang bakal direncanakan dalam masa terdekat. Satu perlawanan pertunjukkan Bola Keranjang 3 on 3 turut diadakan sebelum majlis bersurai.

Laporan Setiausaha Biro Sukan & Rekreasi