fbpx

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

GENEVA, 17 Nov 2012 — World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa bekalan ubat dan alat perubatan di Gaza berada di tahap kritikal apabila dibanjiri mereka yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Zionis ke atas masyarakat awam.

Menurut WHO, sebanyak USD10 juta diperlukan untuk membekal keperluan ubat-ubatan bagi tempoh tiga bulan akan datang. Kenyataan itu turut menyebut bahawa pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan seramai 382 orang telah cedera – 245 orang dewasa dan 137 kanak-kanak. “Ramai mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital dengan kebakaran yang teruk, kecederaan daripada runtuh bangunan dan kecederaan kepala,” kata WHO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza telah mengisytiharkan keadaan kecemasan di semua hospital untuk menangani kebanjiran mangsa. “Sebelum serangan bermula, kemudahan kesihatan sudah berada dalam keadaan yang teruk terutamanya akibat pengepungan Gaza,” kata WHO. Bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan bagi menyelamatkan nyawa mangsa di Kementerian Kesihatan Gaza dikatakan berada pada tahap sifar.

“Kementerian Kesihatan telah menangguhkan semua pembedahan elektif disebabkan kecemasan dan kekurangan ubat bius,” katanya. Kes-kes yang tidak mendesak sedang dipindahkan ke hospital yang dikendalikan oleh kumpulan bantuan. Para petugas juga kesihatan telah dikerah untuk melaporkan diri kepada di pusat-pusat kesihatan terdekat untuk tujuan menjadual giliran tugasan lebih masa, katanya.

“WHO merayu kepada masyarakat antarabangsa dan serantau untuk memberi sokongan kewangan bagi menyediakan ubat-ubatan penting untuk menampung kekurangan yang sedia ada, serta bekalan kecemasan untuk merawat mangsa dan pesakit kronik,” katanya.

Sumbangan untuk Gaza, terutama untuk tujuan bantuan perubatan, boleh diamanahkan melalui HALUAN di akaun “Tabung Palestin HALUAN” seperti berikut:
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528


Sumber berita dari Reuters.