fbpx

830 pelajar gembira terima alat tulis

830 pelajar gembira terima alat tulis

830 pelajar gembira terima alat tulis

KEMBOJA, 17 Julai 2012 – Hajat Pasukan Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja pada kali ini tercapai apabila berjaya mengagihkan bantuan peralatan pembelajaran kepada pelajar sekolah yang terpilih.

Ketua Misi, Doktor Baharudin Suri berkata bahawa tujuan memberikan bantuan alat pembelajaran adalah untuk mengurangkan beban pelajar di sekolah tersebut.

‘Saya berharap dengan adanya sedikit penambahan alat tulis dapat meningkatkan lagi semangat anak Kemboja untuk terus memperjuangan ilmu’, katanya kepada wartawan.

Menurutnya, pelajar gembira apabila menerima bantuan pembelajaran yang diberikan oleh pihak HALUAN kerana mereka amat memerlukan peralatan seperti itu.

Saya berharap supaya pelajar-pelajar sekolah ini dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk menuntut ilmu dan berbakti semula kepada masyarakat setempat.

Menurutnya lagi, seramai 830 orang pelajar yang berlainan sekolah telah mendapat bantuan alat tulis daripada pihak HALUAN antaranya ialah pelajar Sekolah Annikmah Islamiyah cawangan Poti En, Sekolah Annikmah Islamiyah cawangan Phnom Penh sebanyak 110 orang, dan 460 pelajar Sekolah Nurul Huda di Raka Pram baru.