fbpx

7 Pasukan Berentap Di Medan Tempur Paintball

7 Pasukan Berentap Di Medan Tempur Paintball

7 Pasukan Berentap Di Medan Tempur Paintball

BUKIT LAGONG, 8 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) UniKL Business School sekali lagi membawa ahlinya meneroka sambil menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan paintball yang julung kalinya diadakan di Taman Rimba Bukit Lagong. Sebanyak tujuh pasukan berentap bagi menentukan siapa yang bakal bergelar juara.

Menurut pengarah program, Saudara Mokhtarzam program ini diadakan bagi memupuk nilai persaudaraan di kalangan ahli HALUANSiswa, semangat berpasukan di samping menyahut cabaran menghilangkan rasa takut. Sukan paintball ini juga dapat melatih para peserta untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang rintangan dan halangan sepanjang tempoh permainan. Walaupun hujan lebat, peserta tidak menunjukkan tanda berputus asa dan bersemangat bagi menumpaskan pihak lawan. Ketajaman fokus dan penyusunan strategi yang menyeluruh adalah kata kunci yang penting di dalam permainan paintball ini. Setiap peserta perlu bergerak tangkas dan pantas bagi memastikan kejayaan berpihak kepada kumpulan mereka.

Pertandingan ini bermula sekitar jam 11.30 pagi dengan taklimat keselamatan seterusnya disusuli pertandingan yang berlangsung hampir tiga jam. Pelbagai gelajat dan wajah-wajah ceria yang terpancar pada setiap peserta yang berpakaian lengkap ala-ala komandar elit. Pertandingan berakhir sekitar jam 5.00 petang dengan lancar.

Ahli jawatankuasa pertandingan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan memastikan program ini dapat berakhir dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang.


Laporan oleh Luqman Hakim