fbpx

64 pelajar puteri ikuti Kem Pembelajaran Efektif di Bangi

64 pelajar puteri ikuti Kem Pembelajaran Efektif di Bangi

64 pelajar puteri ikuti Kem Pembelajaran Efektif di Bangi

9 Mei 2009, Bangi – Seramai 64 orang pelajar puteri dari Sekolah Agama Sungai Merab Luar dan Sekolah Kiblah, yang merupakan sekolah angkat HALUAN di kawasan Bangi, telah mengikuti Kem Pembelajaran Efektif HALUAN di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.


Kem selama 2 hari tersebut telah dianjurkan oleh ILIM dengan kerjasama HALUANITA dan HALUANSISWA.

Sepanjang tempoh kem tersebut, peserta telah dihidangkan dengan pelbagai pengisian motivasi dan bengkel kaedah pembelajaran. Antaranya, mereka telah dapat mempelajari tentang digital mind, pengurusan masa, kemahiran memfokus, kaedah menulis nota yang efektif dan bagaimana menerobos keupayaan diri. Mereka juga didedahkan dengan kaedah mengingat dan ketekalan stamina minda serta model pengajian Imam Al Ghazali.

Menurut wakil HALUANITA, Prof Madya Dr Wan Muhaizan Wan Mustafa, kem tersebut merupakan program kemahiran pembelajaran yang julung kali dilaksanakan oleh HALUANITA. Ianya telah dijayakan dengan sumbangan kepakaran dan pengalaman dari beberapa orang motivator dan pendidik, antaranya Cikgu Kalsom Redwan, Haji Engliman Roslan, Dr Azizan Ahmad dan Prof Madya Dr Wan Muhaizan Wan Mustafa sendiri. Manakala Haji Engliman Roslan, yang merupakan seorang pakar motivasi pembelajaran remaja, telah menyediakan modul-modul untuk peserta.

“Kami dari HALUAN berharap agar semua peserta mendapat manfaat daripada kem selama 2 hari ini, dengan melaksanakan apa yang mereka telah pelajari. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ILIM yang telah menyediakan berbagai kemudahan, termasuk penginapan dan makanan,” kata Prof Madya Dr Wan Muhaizan. Beliau juga berharap agar kem seperti ini akan dapat juga dilaksanakan di sekolah-sekolah lain.