fbpx

61 Pelari HALUAN Sertai “Solidarity Run For Uyghur”

61 Pelari HALUAN Sertai “Solidarity Run For Uyghur”

61 Pelari HALUAN Sertai “Solidarity Run For Uyghur”

KEPONG, 1 Mac 2020 – Seramai 61 orang pelari daripada kalangan ahli dan relawan HALUAN telah menyertai acara Solidarity Run For Uyghur yang dianjurkan oleh Projek Hijo dan Global Peace Mission Malaysia semalam sebagai tanda sokongan kepada kempen yang dijalankan.

Program larian solidariti ini bertujuan memupuk sifat solidariti terhadap isu yang melanda etnik Uyghur di Xinjiang yang kian ditindas oleh pihak berkuasa China yang tidak berperikemanusiaan.

HALUAN sebagai NGO yang prihatin dengan nasib saudara-saudara Uyghur kita turut sama berkolaborasi dengan pihak penganjur dalam mempromosikan kempen ini dan mengumpulkan peserta daripada kalangan ahli dan relawan HALUAN untuk arian tersebut.

Dalam sesi temubual mediaHALUAN bersama Ketua Biro Sukan dan Rekreasi, Encik Abd Hafidz Hamzah, beliau menyatakan bahawa “kolaborasi program ini merupakan langkah pertama kami di Biro Sukan & Rekreasi HALUAN untuk mempelajari selok-belok pengendalian acara Fun Run dalam rangka mempromosikan gaya hidup sihat kepada ahli-ahli dan relawan HALUAN. Dan dalam masa yang sama, kami memperkenalkan HALUAN melalui kempen-kempen kesedaran berkenaan Pendidikan Kesihatan, Kebajikan & Kemanusiaan. InsyaAllah selepas ini, akan ada pelbagai lagi acara larian seperti ini yang bakal dianjurkan oleh pihak HALUAN sendiri ataupun kerjasama dengan rakan-rakan NGO yang lain.”


Laporan Muhammad Hasan Ahmad Bahari, Setiausaha Kluster 5