fbpx

60 Penduduk Taman Kota Masai Ikuti Ceramah ‘Wanita dan Kanser’

60 Penduduk Taman Kota Masai Ikuti Ceramah ‘Wanita dan Kanser’

60 Penduduk Taman Kota Masai Ikuti Ceramah ‘Wanita dan Kanser’

PASIR GUDANG, 3 Mei 2009 — HALUAN Johor telah bekerjasama dengan Bahagian Helwa Masjid Al-Munawarah, Jalan Ciku, Taman Kota Masai bagi menjayakan satu sesi ceramah kesihatan yang bertajuk ‘Wanita dan Kanser.’ Seramai 60 orang peserta dari Taman Kota Masai telah hadir mendengar ceramah tersebut yang telah disampaikan oleh seorang doktor pakar daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH), Dr Norseha bt Isnin.


Dalam ceramahnya, Dr Norseha telah menyentuh tentang dua jenis kanser yang sering menyerang wanita, iaitu kanser pangkal rahim dan payu dara. Menurut Dr Norseha, kedua-dua jenis kanser tersebut dapat dielakkan dengan membuat pemeriksaan awal ‘pap smear’ dan pemeriksaan sendiri payu dara secara berkala.

Banyak soalan-soalan yang ditimbulkan oleh peserta berkenaan dengan dua jenis kanser tersebut. Dr Norseha yang dibantu oleh seorang lagi doktor daripada KKH, Dr Fauzanah Hj Ishak, telah menjawab semua soalan tersebut dengan gaya dan bahasa yang mudah difahami masyarakat umum. Para peserta ternyata merasa sangat tertarik dan berpuas hati dengan ceramah yang diadakan.

Februari lalu, satu sesi ceramah yang membincangkan tajuk yang sama telah disampaikan oleh doktor-doktor KKH di Surau di Jalan Bachang di taman yang sama. HALUAN Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada KKH dan Biro Seranta HALUAN Johor yang telah berjaya mengadakan siri ceramah kesedaran kesihatan yang ternyata dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Mana-mana pertubuhan, badan atau surau di negeri Johor yang ingin mengadakan kerjasama seumpama ini bolehlah berhubung dengan Dr Mohd Arba’ai B Shawal di talian 016-7101062 atau En Nasiruddin Hamzah di talian 012-7173437.