fbpx

60 Famili Terima Pek Makanan Akibat PKP

60 Famili Terima Pek Makanan Akibat PKP

60 Famili Terima Pek Makanan Akibat PKP

CHERAS, 12 Apr 2020 – Seramai 60 buah keluarga di Pangsapuri Seri Perindu, Alam Damai Cheras yang terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 telah menerima sumbangan daripada HALUAN cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bantuan diberikan dalam bentuk barang makanan asas seperti beras, gula, tepung dan lain-lain.

Naib Presiden 5 HALUAN, Encik Hasri Ahmad, bersama beberapa ahli HALUAN telah menyampaikan pek-pek barang makanan asas tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pangsapuri Seri Perindu, Encik Keply Ibrahim.

Encik Keply mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak penduduk pangsapuri berkenaan atas sumbangan yang diterima. Beliau juga turut mendoakan agar Allah SWT memberkati usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi dan ahli HALUAN.

Turut menerima sumbangan adalah seramai 10 buah keluarga dari taman-taman perumahan sekitar Cheras.

HALUAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Masih ramai lagi yang terkesan akibat PKP ini dan memerlukan bantuan kita semua. Ayuh, segeralah menderma melalui kami di:


Laporan unit mediaHALUAN HALUAN WP Kuala Lumpur