fbpx

30 Peserta Hadiri Kursus Penulisan Dakwah dan Tarbiah

30 Peserta Hadiri Kursus Penulisan Dakwah dan Tarbiah

30 Peserta Hadiri Kursus Penulisan Dakwah dan Tarbiah

BANDAR BARU BANGI, 30 Sep 2019 — Biro Penerbitan HALUAN menganjurkan Kursus Penulisan Dakwah dan Tarbiah sejajar matlamat meningkatkan penguasaan dan kemahiran menulis ahli-ahlinya dalam bidang berkenaan.

Sehubungan itu, seramai 30 peserta menghadiri kursus yang diadakan di Ibu Pejabat HALUAN di sini pada 28 dan 29 September lalu.

Kursus itu dikendalikan oleh Editor Majalah Relung Tarbiyah, Ustaz Mohammad Lili Nur Aulia dan dirasmi oleh Setiausaha Agung HALUAN, Setiausaha Agung HALUAN, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin.

Sepanjang sesi itu, Ustaz Mohamad Lili berkongsi dengan peserta teknik menulis yang berkesan serta pengalamannya dalam bidang berkenaan.

Pada akhir sesi itu, peserta turut mendengar perkongsian pemilik Penerbit Ihsan Media, Encik Sigit Qiesyam.

__
Laporan Mohd Fuad Razali, Biro Penerbitan HALUAN