fbpx

237 Peserta Mewarnai KADER ’12

237 Peserta Mewarnai KADER ’12

237 Peserta Mewarnai KADER ’12

SHAH ALAM, 4 Ogos 2012 – Seramai 237 orang peserta yang terdiri daripada pemuda dan mahasiswa telah menghadiri Kolokium Anjakan Daie Rabbani 2012 (KADER ’12) yang diadakan di Kem Bumi Jati di sini.

Program KADER untuk kali ke-2 ini dianjurkan bersama Biro Pemuda HALUAN dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) selama lima hari bermula pada 4 sehingga 8 Ogos 2012.

Pengarah Program KADER ’12, Mohd Fahmi Mustapah berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan secara menyeluruh perkara-perkara penting melibatkan persediaan rohani, fizikal, emosi, mental para peserta. “Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menyertai program KADER ’12 pada kali ini”, katanya.

Turut hadir Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Hj Abdullah Sudin Abd Rahman telah merasmikan program KADER ’12 seterusnya menyampaikan ucaptama.

Seorang Peserta, Imran Hassan, 20 berkata, “saya sangat gembira menghadiri program KADER ’12 kerana bahan yang diberikan pada kali ini sangat memberangsangkan dan berharap dapat membuka dimensi baru kepada semua peserta.”

Menurut seorang lagi peserta, Ruqaimi Abdullah, 27, KADER ’12 menunjukkan satu pentanda yang baik kerana ramai yang hadir untuk dilatih berkhidmat kepada masyarakat dengan memahami perkara dasar dan kemahiran mengatur program dengan lebih tersusun. “Harapan saya agar semua peserta program ini dapat memahami semua slot yang yang disampaikan dan dapat berusaha untuk membangunkan masyarakat yang madani”, katanya lagi.


Laporan oleh Suhaib Shapiee, MediaHALUAN.