LIMA Pesanan Presiden HALUAN

LIMA Pesanan Presiden HALUAN

LIMA Pesanan Presiden HALUAN

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – Kehadiran Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman di Sulawesi dengan kesempatan yang ada telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah Masjid Raya, Donggala, Sulawesi.

Dalam sesi kuliah maghribnya, Dr. Abdullah telah menjelaskan bahawa proses pembangunan negara yang berpaksikan barat tidak mampu membangunkan negara Islam. Model pembangunan berteraskan barat ini dikira gagal kerana sehingga hari ini tidak ada satu negara Islam yang tergolong dari negara-negara maju.

Kita tiada pilihan lain kecuali kembali kepada Islam yang sebenar sepertimana yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Bagaimana? Dr. Abdullah telah menyampaikan lima pesanan ringkas.

  1. Kita perlu kembali kepada proses pendidikan seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW yang menjadikan Al-Quran sebagai teras utama.
  2. Berusaha untuk memahami Al-Quran dan melaksanakan arahan Allah SWT.
  3. Memutuskan diri daripada perkara-perkara yang haram yang dilarang oleh Allah SWT. Serta berhati-hati dengan perkara syubhah dan harus.
  4. Bina dan membangunkan setiap individu. Daripada individu akan lahirlah pembangunan keluarga, daripada keluarga akan lahir masyarakat, seterusnya negara.
  5. Proses pembinaan peribadi tidak mampu dilaksanakan secara individu tetapi perlu dilalui dalam bentuk jamaie.

“Kita adalah serumpun, yang diikatkan persaudaraannya oleh ikatan lailahaillallah,” jelas Dr. Abdullah kepada kira-kira 100 jemaah yang hadir.

“Atas dasar persaudaraan inilah, maka HALUAN melaksanakan program-program kemanusiaan supaya ikatan ini akan terus berkembang dan seterusnya dapat menyatukan dua negara ini melalui amal-amal kebajikan,” tegas beliau lagi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, maka HALUAN amat-amat memerlukan bantuan dan sokongan dari masyarakat prihatin. Teruskan derma ikhlas anda demi membantu mangsa gempa-tsunami ini yang masih memerlukan bantuan kita. Salurkan derma anda kepada:

Rumah HALUAN Prihatin Donggala

RM22,886 of RM250,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM2,500.00

atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
No akaun: 5622 6350 2611
Whatsapp [Nama, #RumahPrihatin & Resit] ke http://www.wasap.my/60103005141

_
Laporan mediaHALUAN
Donggala, Sulawesi

Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Whatsapp