HALUAN Fitrah Latih Petugas iJDK 2018

HALUAN Fitrah Latih Petugas iJDK 2018

HALUAN Fitrah Latih Petugas iJDK 2018

BANDAR BARU BANGI, 10 Dis 2018  — Biro HALUAN Fitrah (BHF) gigih melaksanakan latihan dalaman untuk para penceramah serta fasilitatornya sempena persiapan Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (i-JDK) 2018 yang akan berlangsung di seluruh negara dari 15 ke 23 Disember ini.

Seperti di tahun-tahun lalu, ketua koordinator BHF tahun ini telah memastikan semua penceramah pilihan tahun ini dibekalkan dengan bahan serta ilmu secukupnya untuk menyampaikan misi biro iaitu mempersiapkan lepasan SPM untuk berani berkongsi tentang Islam semasa masuk ke menara gading nanti.

Setiap tahun, bahan persembahan BHF dimurnikan dengan realiti semasa agar segar dan relevan dengan minda muda-mudi. “Kelainan kami pada tahun ini adalah kami telah selaraskan kandungan persembahan kami dengan dapatan Blue Ocean Strategy (BOS) BHF yang telah kami sepakati hampir dua tahun lepas. Kali ini isinya lebih fokus, mampat, interaktif dan menguja para belia peserta,” berkata ketua koordinator BHF 2018, Dr. Suhaida Abdul Kadir.

Pada 9 Disember, beliau telah melaksanakan sesi Training of Trainers dengan bakal penceramah yang datang daripada beberapa zon negeri. Mereka telah melakukan mock presentations dan mempelajari teknik persembahan di pentas, pengurusan persembahan dan koordinasi bahan dan interaksi peserta. Di samping itu, beberapa bahan yang bakal dipersembahkan telah juga diberikan suntingan terakhir agar lebih segar dan menguja.

Menurut Ketua BHF, Dr. Basir Towil, persembahan BHF berkenaan berkongsi Islam dengan bakal Muslim bakal berlangsung serentak pada Khamis 20 Disember depan nanti di lima zon, kecuali di Sabah pada 18 Disember.

“Kami telah kumpulkan dana dengan sendiri untuk membolehkan penceramah dan fasilitator kami dapat terbang ke Sabah untuk melaksanakan tugasan mereka, sambil membantu penceramah di zon-zon semenanjung dengan diberikan sabsidi tambang. Ini kerana majoriti pewaris BHF kami adalah golongan pemuda-pemudi kalangan umur 20an dan mereka kurang mampu berbelanja sendiri. Harapan kami yang sudah berada dalam lingkunan umur 50an ini adalah agar pewaris kami akan pantas menguasai ilmu perbandingan agama ini serta cergas melaksanakan dakwah ini berdasarkan BOS yang sudah disepakati di mana sasarannya adalah golongan muda Not Yet Muslims,” tegas Dr. Basir.

“Para penceramah yang kami pilih terdiri daripada ahli-ahli HALUAN yang sudah memiliki sijil paling asas ilmu perbandingan agama. Bakat mereka diasah lagi agar lebih serasi berkomunikasi dengan golongan peserta muda sasaran kami nanti. Tanpa latihan ToT  ini, sukar untuk mereka mencapai sasaran Biro kami,” katanya.

BHF akan turun beraksi dengan pasukan-pasukan yang tersusun terdiri daripada Pelaksana Modul zon, penceramah, fasilitator bantuan serta pemantau senior. Mereka akan berada di lokasi persembahan sehari lebih awal untuk memastikan persiapan telah rapi disusun dan segala alatan siaraya sudah tersedia untuk persembahan di hari berikutnya.

Modul BHF telah diperkenalkan sejak kali pertama JDK lapan tahun lepas dan menjadi modul yang sangat digemari oleh para peserta muda iJDK kini. Mereka teruja dengan luasnya peluang pintu dakwah semasa masuk ke kampus nanti, tidak hanya terhad kepada melayu muslims sahaja.

Bagi lepasan SPM dan STPM yang berminat, masih belum terlambat untuk anda mendaftar diri untuk menyertai iJDK selama sembilan hari saja di salah satu lokasi berdekatan; Kedah, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, ataupun Sabah. Untuk mendaftar, sila layari i-jdk@haluan.org.my

_
Laporan wartawan mediaHALUAN

Dr Basir (kiri) serahkan bahan dakwah Bahasa Cina kepada Dr Suhaida sebagai wakil BHF Serdang-Putrajaya
Dr Suhaida (tengah) berbincang dengan pasukan petugas BHF Johor
Ketua BHF Dr Basir Towil (kiri) berbincang strategi dengan Pemilik Modul BHF 2018 Dr Suhaida Kadir
Pasukan BHF Kelantan, Sabah dan Johor beraksi semasa mock session
Salah satu sesi pengharmonian kandungan BHF untuk iJDK 2018 nanti bersama sebahagian pasukan
Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Whatsapp