HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa

HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa

HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa

DONGGALA, SULAWESI, 20 Okt 2018 — Pasukan Kedua Misi Kemanusiaan Sulawesi HALUAN hari ini bergembeling tenaga dengan NGO tempatan Indonesia, PKPU Human Initiative, serta NGO dari Brunei Darussalam, WeCare, bagi mengagihkan bekalan makanan dan keperluan asas lain kepada mangsa gempa di sekitar kota Donggala secara lebih berkesan.

Sebagai sebuah NGO tempatan yang berpengalaman serta aktif di lapangan sejak awal bencana gempa dan tsunami melanda Sulawesi Tengah, PKPU dapat menyediakan data dan maklumat menyeluruh untuk merancang bantuan di lokasi yang memerlukan dengan jumlah bantuan yang tepat.

PKPU menjadi koordinator operasi pembahagian bantuan hari ini, bagi mengagih makanan, kit kebersihan diri dan juga kanvas tarpaulin kepada mangsa-mangsa yang sangat memerlukan di beberapa kawasan di luar kota Donggala,” kata Mohd Jamil Muda yang mengetuai pasukan HALUAN di kota Palu dan Donggala sejak lima hari lalu. “Operasi kami turut dibantu oleh empat relawan NGO WeCare dari negara Brunei Darussalam, yang diketuai oleh Izzuddeen Abdul Rahman.”

Mereka berkonvoi dengan muatan dalam dua buah lori dan tiga buah kenderaan lain, menuju ke lokasi pertama iaitu perkampungan Labuan. Selepas hampir tiga jam perjalanan, mereka tiba di lokasi di mana mangsa-mangsa sedang berkerumun di sebuah padang bola berdekatan khemah penginapan sementara. Pihak polis Indonesia membantu mengawal keadaan apabila suasana menjadi riuh dan penduduk seakan tidak sabar untuk mendapatkan bantuan.

Selesai agihan di situ, mereka bergerak ke destinasi seterusnya di Panimba dan kemudian ke Toposo. Di Toposo, agihan terpaksa dibuat selepas solat Maghrib bagi memastikan semua penduduk tidak meninggalkan solat.

Menurut Mohd Jamil, sebanyak 243 kampit beras, 100 paket makanan berupa biskut dan telur, 165 set kit pembersihan diri, serta beberapa barangan asas lain seperti tikar dan kanvas tarpaulin telah berjaya diagihkan.

Kami selesai operasi mengagih bantuan pada jam 8:00 malam. Kemudian kami terus bergerak balik ke pengkalan di Posko1 PKPU Kabupaten Donggala di Kelurahan Kabonga Kecil, Sulawesi Tengah,” lapor Mohd Jamil.

Mohd Jamil bersama dua relawan HALUAN akan berbakti di lapangan sehingga akhir minggu, di mana pasukan relawan HALUAN yang seterusnya akan tiba di Palu untuk meneruskan misi ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh turut menghulurkan bantuan melalui pautan

Emergency Aid Sulawesi

RM243,174 of RM300,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
562263502611
Whatsapp [Nama, #Sulawesi & resit] ke http://www.wasap.my/60103005141


Laporan mediaHALUAN