JAIP Serah Kutipan Awal Bantuan Mangsa Gempa di Sulawesi

JAIP Serah Kutipan Awal Bantuan Mangsa Gempa di Sulawesi

JAIP Serah Kutipan Awal Bantuan Mangsa Gempa di Sulawesi

BENTONG, 18 Okt 2018 — Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) hari ini menyerahkan kutipan awal tabung bantuan rakyat Pahang bagi membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Ustaz Mohd Fadzil bin Mohd Saman, yang mewakili Pengarah JAIP, Dato’ Haji Syed Ahmad Fuad Syed Taha. Ia telah diserahkan kepada Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman dalam majlis kesyukuran dan doa selamat sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

Berkenan hadir di majlis tersebut adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, serta barisan pimpinan negeri Pahang.

Tabung bantuan ini adalah hasil inisiatif JAIP dan HALUAN cawangan Pahang yang bertujuan membiayai misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa-mangsa bencana gempa dan tsunami, khususnya di Kota Palu dan Donggala. Ia telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, pada 4 Oktober lalu.

Sebanyak 629 tabung derma ditempatkan di seluruh masjid dan surau solat Jumaat di Pahang selama sebulan.

Menurut Ustaz Mohd Fadzil, serahan tersebut merupakan jumlah kutipan terkini yang bernilai RM136,892. Serahan penuh akan dilakukan selepas akhir bulan ini, apabila kempen kutipan tamat.

Susulan bencana gempabumi dan tsunami yang melanda wilayah Sulawesi Tengah pada 28 September lalu, HALUAN dengan kerjasama dan nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menghantar pasukan-pasukan relawan sejak 11 Oktober. Antara lain, HALUAN mengadakan kerjasama dengan beberapa NGO tempatan Indonesia untuk memberi bantuan perubatan, membekal makanan dan air bersih, mengagih kit kebersihan diri dan juga membina tempat penginapan sementara.

Orang ramai yang ingin turut menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui pautan:-

Emergency Aid Sulawesi

RM243,174 of RM300,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
562263502611
Whatsapp [Nama, #Sulawesi & resit] ke http://www.wasap.my/60103005141

__

Laporan mediaHALUAN

Ustaz Mohd Fadzil (berjubah) menyerah mock-cheque kepada Dr. Abdullah Sudin.
Tengku Abdullah bersama barisan pimpinan negeri Pahang di majlis kesyukuran dan doa selamat sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan DYMM Sultan Pahang.
Tengku Abdullah membaca Yasin bersama pemimpin-pemimpin negeri dan rakyat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.