fbpx

Archive for June, 2018

Kerjasama HALUAN dan Sabasun Hyperuncit Baikpulih Khemah Pelarian Rohingya

Kerjasama HALUAN dan Sabasun Hyperuncit Baikpulih Khemah Pelarian Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 7 Jun 2018  – Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd, sebuah hyperruncit di Kuala Terengganu, telah menyumbang sebanyak RM20,000 untuk projek kebajikan etnik Rohingya. Sumbangan tersebut disalurkan melalui kerjasama HALUAN dalam projek membina semula khemah-khemah penginapan pelarian yang sudah usang serta membina sebuah pusat pengajian. Sehingga bulan April 2018, sumbangan berjumlah RM40,000 telah berjaya …

HALUAN Iringi Quran Hour Dari Kem Pelarian

HALUAN Iringi Quran Hour Dari Kem Pelarian

COX BAZAR, BANGLADESH, 7 Jun 2018 – Usaha memertabatkan Al-Quran melalui program World Quran Hour (WQH) anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan kumpulan Media Karangkraf turut mendapat sokongan dan penglibatan dari pihak HALUAN. HALUAN dengan kerjasama rakan NGO Al Hoque Islamic Council di Cox Bazar telah menjayakan program ini serentak di Kem Pelarian Rohingya Nayapara, …

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

PETALING JAYA, 4 Jun 2018 – Seramai 60 mahasiswa/wi Universiti Malaya (UM) hadir ke majlis berbuka puasa anjuran HALUAN pada 3 Jun lepas. Tujuh belas daripada mereka telah dipilih sebagai penerima sumbangan raya dari penderma awam. Majlis Food On Campus (F.O.C) berkenaan sekali lagi telah diadakan di rumah seorang pensyarah Fakulti Perubatan UM, Dr Rasheedah …

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

SHAH ALAM, 3 Jun 2018 – HALUAN terus bergiat menyalurkan sumbangan kepada masyarakat asnaf di Kampung Jalan Kebun di sini semasa program ziarah Ramadan yang lalu. Seramai 14 buah keluarga menerima sumbangan agihan pek Ramadan berbentuk barangan keperluan asasi bertujuan menyantuni dan membantu meringankan beban golongan asnaf terlibat. Program sepetang anjuran Biro Kebajikan HALUAN Cawangan …

BHF Perak Belikan Baju Raya Mualaf

BHF Perak Belikan Baju Raya Mualaf

IPOH, 2 Jun 2018 – Hujung Ramadan lepas merupakan tanggal yang tidak dapat dilupakan oleh mualaf-mualaf cilik di sini. Hari itu mereka merasa teruja kerana telah dibawa membeli belah pakaian hari raya yang dipilih sendiri mengikut citarasa mereka. Program ini merupakan kesinambungan program mualaf cilik yang dianjurkan oleh Biro HALUAN Fitrah (BHF) Perak dengan kerjasama …

Kelab Siswa HALUAN KUIS Berbuka Bersama Warga AHP

Kelab Siswa HALUAN KUIS Berbuka Bersama Warga AHP

SHAH ALAM, 2 Jun 2018 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mengadakan program berbuka puasa bersama warga Asrama Haluan Penyayang (AHP) Darul Miftah As-Sa’adah di sini melibatkan 30 orang ahli HALUANSiswa KUIS dan 45 orang pelajar dan kakitangan warga AHP. Ahli HALUANSiswa KUIS telah berkumpul di kampus bagi sesi …