Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR, 26 Mei 2018 – Saat yang bermakna buat enam keluarga asnaf dan mualaf Kampung Medan di sini tercapai apabila menerima kunjungan daripada wakil HALUAN. Kedatangan yang diraikan dan disambut baik oleh keluarga yang terlibat dalam program sepetang itu berjalan lancar. Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan berupa pek makanan asasi hasil sumbangan daripada ahli- ahli HALUAN dan masyarakat prihatin.

Biro Kebajikan yang diwakili oleh Cikgu Khairudin Hamzah selaku penasihat Biro Kebajikan HALUAN Selangor berkata program sebegini serasi dengan moto HALUAN iaitu Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

“Kita juga mempamerkan akhlak yang baik di samping memberi kata-kata nasihat buat mualaf yang baru kembali kepada fitrah Islam agar Islam itu terlihat indah dan dihiasi dalam setiap detik kehidupan. Harapan kita agar kita dapat memberi manfaat kepada masyarakat walau sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan dan usaha yang telah dilaksanakan, semoga semuanya itu menjadi amal soleh dan pemberat timbangan kita kelak, InshaAllah,” katanya semasa majlis ziarah berkenaan.


Laporan Biro Kebajikan HALUAN Selangor

Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Whatsapp